Harry Potter - Golden Snitch

Tips - Menahan Kemarahan Angry Birds

Tips Bulan Ramadan - Menahan Kemarahan 

Bulan Ramadan bulan puasa umat Islam Sedunia. Bulan ini adalah peluang yang sempurna untuk mengamalkan sifat menahan diri dari kemarahan dan meningkatkan mahasabah diri. Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut "Sesiapa yang tidak dapat berputus asa memberikan ucapan palsu dan membuat kejahatan, Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makanan dan minuman (iaitu Allah tidak akan menerima Puasanya.)

Tips kawal kemarahan
Nasihat Happy birds -  Elakkan diri daripada kemarahan dalam bulan Ramadan dan gunakanlah bulan ini untuk menyempurnakan diri sepanjang tahun.Luangkan masa lebih untuk membaca Al Quran dan Sembahyang di Masjid. :)

Mengawal Kemarahan Jangka Pendek
1. Berhenti dengan segera dan berehat sebentar jika anda menyedari bahawa anda marah. Hentikan apa sahaja yang anda lakukan, lepaskan diri daripada apa yang menyakitkan hati, dan tarik nafas panjang-panjang. Ini boleh dilakukan untuk membuatkan anda mudah bertenang. Cubalah di dalam situasi ini:

- Jika anda sedang mengalami kemarahan sewaktu memandu, Berhenti di tepi jalan raya dan matikan kereta.
- Jika anda marah di tempat kerja, pergi ke bilik rehat atau keluar untuk seketika.
- Jika anda sedang bingung di rumah, pergi ke ruang persendirian (seperti bilik mandi) atau berjalan-jalan.

2. Menarik nafas panjang. Jika hati anda sedang bergegar dan hampir-hampir nak meletup menahan kemarahan, perlahankannya dengan mengawal pernafasan anda. Menarik nafas dalam kiraan 3, menahan nafas dalam paru=paru selama 3 saat, dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Tumpukan untuk menarik nafas dan jangan fikirkan apa-apa tentang kemarahan anda. Ulang seberapa banyak kali yang perlu.

3. Pergi ke "tempat yang boleh membuatkan anda gembira". Jika anda masih sukar untuk menenangkan diri, bayangkan diri anda sedang berada di tempat yang amat santai. Ia boleh menjadi hutan yang tenang, sebuah pulau bersendirian dan apa-apa lokasi yang boleh membuatkan anda tenang dan damai.

4. Fikir secara positif. Apabila anda bersedia, analisa semula situasi yang menimbulkan kemarahan dari sudut fikiran positif. Sebagai contoh, jika anda mengalami kemarahan jalan raya, anda boleh cuba: "Lelaki itu hampir-hampir melanggar saya dari tepi, tetapi, mungkin dia sedang mengalami kecemasan dan saya mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengannya. Saya bertuah kerana saya masih hidup dan kereta saya tidak terkena. Saya bernasip baik kerana masih boleh memandu."

5. Meminta sokongan daripada rakan-rakan. Jika anda masih marah, berkongsilah dengan rakan yang rapat dengan anda atau orang yanganda percayai boleh membantu anda.

6. Menukarkan punca kemarahan anda menjadi Lawak jenaka. Ataupun membuat lawak? Apabila lawak yang anda lakukan berjaya membuatkan orang lain ketawa, kemarahan tadi bertukar menjadi gembira. Tetapi jika sebaliknya?


(Sumber gambar : Ali Mulla)

16 comments:

  1. datang sini tengok Twitter Widget . Eh , okey je lyssa tengok :)

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhh / bagus entry niiii . likeeeelikeeee ::))

    ReplyDelete
  3. Memang kena banyak bersabar..
    kalau tak, sia-sia puasa

    ReplyDelete
  4. btol2.. jgn bulan pose aje..bulan lain pon kena sbr n jgn mrh2 =)

    ReplyDelete
  5. Tips ni untuk kawal marah jangka pendek jerr.. kalau marah2 tu berpanjangan.. tunggu sampai Raya nanti.. hehehe (kalau korang dapat apa yang sy maksudkan)

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha lawak la... :D

    LOL

    ReplyDelete
  7. hahaha..nice entry bro..haha..btw , happy ramadhan too.May Allah bless U always ^_^,, done follow here..dont forget subscribe me on fb..Nice to meet you ^^

    ReplyDelete
  8. tips yg bgs ni..mmg bulan puasa ni sllu menduga kesabaran kita kannn..blh la refer sini nanti
    follower ke 206..

    ReplyDelete
  9. erk.. angry bird pon mmg terlibat ek.. heee

    ReplyDelete
  10. tips yang sangat berguna ~ hehe =)

    ReplyDelete
  11. qiela singgah follow cni juge =)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/07/dari-sahabat-kepada-sahabat.html

    ReplyDelete
  12. nice tips..memang kena tahan rasa marah..harap2 bukan lah di bulan puasa jugak kan..huhuhu

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved