Favicon adalah icon kecil yang berada di sebelah tajuk/laman web yang ada pada mana-mana blog di bahagian tab (Macam gambar di atas tu). Bagi Blogger gambar favicon yang digunakan ialah ikon huruf B bewarna oren yang hodoh. Di sini Khai akan berkongsi tutorial yang sangat simple dan mudah untuk menggantikan Favicon Blogger. Untuk menukar favicon ini, korang tidak perlu untuk membuat perubahan ataupun menyinting mana-mana kod yang terdapat dalam template korang. Ia boleh dilakukan melalui "favicon tab" di ruangan "Layout".
Ok, mari ikut Tutorial - Cara untuk menggantiikan Favicon (Paling Mudah) :
1. Sila Login dan masuk ke Blogger Dashboard > LAYOUT
2. Klik Edit pada Favicon tab
3. Klik Browse gambar yang korang nak guna
* Gambar mestilah segi empat tepat (30x30)dan bersaiz kurang dari 100KB.
* Blogger akan resize gambar itu secara automatik
4. Save bila dah selesai.
Hmm, Kalau korang nak cara yang mencabar sikit sila ikut Tutorial ni pula. Ini merupakan cara lain untuk mengubah favicon. sekiranya Favicon tab tidak wujud.
1. Pergi ke Blogger Dashboard >Template
2. Click Edit HTML
3. Hit Proceed
4. Kemudian cari kod di bawah ini
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<link rel="shortcut icon" href="URL Gambar Favikon Korang"/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<link rel="shortcut icon" href="URL Gambar Favikon Korang"/>6. Gantikan URL Gambar Favikon Korang
7. Sekarang Save template korang dan Senyum
Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara Untuk Menggantikan Favicon, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!