Membuat post untuk entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas dalam dunia berblog. Di ruangan inilah korang boleh melakar coretan informasi, luahan isi minda korang, perkongsian tips, idea, membuat review dan segala apa yang tersimpan dalam pemikiran, yang korang nak share dan sampaikan kepada pembaca blog korang. Pendek kata korang boleh menulis hampir apa-apa sahaja dalam ruangan post ini.
Ya! apa-apa sahaja pun korang boleh post dalam blog, sebap itu blog korang. Tapi korang kena ingat, tujuan sebenar korang berblog untuk apa? kalau sekadar membuat entri tentang benda-benda yang mengarut, siapa yang nak baca.
Ok. untuk membuat post ni, korang kena ikut langkah yang super simple ni.
1. Login ke akaun blogger korang. Kalau belum ada akaun blogger, korang boleh Lihat SINI untuk cara buat Blog
2. Di sini saya akan tunjukkan dua cara untuk membuat post baru. Kalau nak jalan pintas, korang boleh terus klik button Oren yang yang ada pensel putih tu.
ATAUPUN korang klik yang no 2, lepas tu klik "New post" macam gambar di bawah ni.
3. Sekarang korang dah boleh mula menulis
4. Sebelum korang Publish entri korang, korang kena preview terlebih dahulu. Dengan membuat preview pada entri yang korang taip tu, korang boleh tahu sekiranya ada kecacatan dalam post korang. Untuk preview tekan preview yang ada nombor 3 tu. Kalau belum OK korang boleh edit kembali post entri korang tu, sampailah korang berpuas hati.
5. Sudah selesai menaip? tekan Publish. Hah! dah siap pun entri korang. Klik View blog untuk lihat blog korang.
Untuk pengetahuan korang, dalam new blogger interface ni, masa korang taip post korang, ia akan "Auto save" 5 saat selepas korang berhenti menaip. :D Best kan?
Senyum

Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Menulis dan Publish post dalam blogger, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
sangat berguna kepada new blogger mcm saya...thanksss.....
ReplyDelete