Meletakkan gambar di dalam entri adalah sangat penting. Kalau post korang, sudahlah panjang dan tidak diselitkan dengan gambar, ia akan membuatkan pembaca bosan. Gambar merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog korang untuk membaca entri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia ni lebih mudah untuk membaca gambar, bak kata pepatah English "Picture Worth A Thousand Words". Dan saya pasti, ramai pembaca blog akan melihat gambar entri dahulu sebelum membaca post. Jadi korang jangan lupa letak gambar di setiap post korang, biarlah walaupun sekeping.
OK. Untuk menambah gambar kepada post korang, sila ikut tutorial ini.
1. Seperti biasa, korang kena Login ke blogger.
2. Klik pada "New post"
3. Di sini saya akan tunjukkan 2 cara untuk upload gambar ke dalam post korang.
Cara Pertama
- Korang select Compose dan klik image yang dibulatkan di atas.
- Gambar di bawah akan keluar.
- Seterusnya klik "Choose files" untuk pilih gambar yang korang nak upload. Bilah dah pilih, korang just tekan Upload.
- Kelebihan upload gambar menggunakan cara pertama ni, korang boleh select banyak-banyak gambar sekaligus untuk di upload
Cara Kedua
- Korang Select HTML dan klik image yang sama macam cara pertama tadi.
- Gambar di bawah ni pula yang akan pop out.
4. Korang kena tunggu gambar tu diupload sepenuhnya. Bila dah siap upload korang dah boleh tetak gambar tu dalam post korang. Tekan jer add selected. Done
Semakin banyak/besar sais gambar yang korang letak, semakin lambat blog korang loading.
Good luck ^^ dan selamat mencuba.. Senyum :D
Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara Meletakkan gambar dalam post blog, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!