Apa itu Kesetiausahaan?
Kesetiausahaan merupakan bidang kerjaya 
dalam prospek pentadbiran terkini sejajar dengan cabaran semasa dalam 
meningkatkan kemahiran berkomunikasi, informasi teknologi, penampilan 
diri dan berinteraksi.
Program
 diploma Kesetiausahaan menitik beratkan 
kemahiran teknikal kesetiausahaan dan penyelesaian masalah dalam bidang 
pengurusan pejabat secara kreatif dan kritis. kursus ini juga 
memfokuskan kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi interpersonal 
dan intrapersonal, kerja berkumpulan, pengurusan pejabat serta penulisan
 laporan pejabat.
Diploma Kesetiausahaan  empat sasaran utama iaitu:
i. Menghasilkan graduan Kesetiausahaan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat masa kini
ii. Mengaplikasikan kemahiran, pengetahuan serta profesionalisma kesetiausahaan secara bijak
iii. Melahirkan graduan Kesetiausahaan yang bertauliah sebagai pembantu tadbir pejabat.
iv.
 Mempraktikkan dunia kerjaya kesetiausahaan sebenar dalam modul program 
yang memfokuskan pengurusan asas pejabat, pengurusan rekod, aplikasi 
komputer, komunikasi, pengurusan akaun serta teknik menaip.
Program ini dibuka kepada individu-individu yang berminat menceburi bidang kesetiausahaan, pentadbiran dan pengurusan pejabat.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pengurusan Majlis
Kemahiran mengendalikan serta menganjurkan majlis.
Komunikasi Interpersonal & Intrapersonal
Boleh berkomunikasi dan berinteraksi secara fasih dan lancar dengan masyarakat mahupun secara berkumpulan.
Pentadbiran Pejabat
Berkebolehan mentadbir pejabat dengan cekap dan pengurusan masa yang teratur untuk meningkatkan produktiviti kerja.
Pembentukan Personaliti
Membentuk standard profesionalisma yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.
Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pemasaran
- Perniagaan
- Perbankan
- Perkilangan
- Media
- Perlancongan
- Insurans
- Keusahawanan
Peluang pekerjaan sebagai:
- Setiausaha
- PentadbirPejabat
- Pembantu Peribadi
- Pembantu Tadbir
- Eksekutif Perniagaan
- Pembantu Pengurus Majlis
- Pembantu Perhubungan Awam
Smile
Smile
 

 




 
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!