Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Perakaunan

Diploma Perakaunan

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Perakaunan
(Accounting)

Apa itu Perakaunan?
Perakaunan merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.

Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti Chartered Accountant ( di Malaysia, UK, New Zealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), Certifiad Public Accountant (AS, Hong Kong), Certified Management Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada), Certified Practicing Accountant (Australia). Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (Stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (Shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan.

Diploma Perakaunan menyediakan pelajar untuk memasuki pasaran sebagai seorang pengamal perakaunan pada peringkat separa profesional. Mereka akan belajar semua asas-asas perakaunan bagi membolehkan mereka menyediakan Penyata Kewangan yang lengkap seperti Kunci Kira-Kira,Penyata Pendapatan, Penyata ekuiti Pemilik dan Penyata Aliran Tunai dan juga menyediakan analisa tentang prestasi kewangan sesebuah entiti perniagaan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Perakaunan sesuai bagi :
- Individu yang berminat dalam bidang perniagaan
- Individu yang mempunyai minat mendalam dalam membuat analisa kewangan
- Individu yang bercita-cita menjadi akauntan
- Individu bersifat analitikal

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Perakaunan Kewangan (Financial Accounting)
DI sini pelajar belajar bagaimana menyediakan Kinci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik dan Penyata Aliran Tunai. Mereka juga berpeluang untuk membuat analisa kedudukan kewangan syarikat.

Perakaunan Pengurusan (Management Accounting)
Pelajar akan mempelajari untuk membuat perancangan, analisa dan menyediakan laporan dalaman bagi setiap jabatan atau divisyen dalam sesebuah syarikat. Contoh laporan dalaman adalah belanjawan dan laporan prestasi jabatan.

Percukaian (Taxation)
Pelajar akan belajar cara-cara pengiraan cukai bagi individu, dan syarikat. Bagaimana merancang percukaian bagi sesebuahbadan perniagaan dan individu?

Pengauditan (Auditing)
Pelajar akan belajar bagaimana untuk mengaudit sesebuah syarikat atau institusi bagi mengenalpasti sebarang kesalahan yang terdapat di situ. Ianya juga bertujuan untuk menjamin Penyata Kewangan adalah bebas dari sebarang bentuk penipuan dan kesalahan (file and error).

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Syarikat-syarikat perniagaan
- Perbankan
- Universiti
- Koperasi
- Perniagaan Perkongsian / Perseorangan

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Eksekutif / Pegawai Akaun
- Eksekutif Audit Dalaman
- Eksekutif Percukaian
- Pembantu Juruaudit
- Pembantu Penganalisa sistem perakaunan berkomputer
- Pengurus Perniagaan


Smile

3 comments:

  1. can i get some information on accountinggg ?

    ReplyDelete
  2. wow , thank you for sharing this precious brief information about accounting . i do appreciate it :)

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved