Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Pengurusan Hotel

Diploma Pengurusan Hotel

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Pengurusan Hotel 
(Hotel Management)
Apa itu Pengurusan Hotel?
Pengurusan hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan.

Diploma Pengurusan Hotel menggabungkan pelbagai aktiviti di mana fokus utama adalah dalam bidang pengurusan hotel dan restoran, pengurusan kaunter hadapan, pengurusan bilik dan juga bahagian pemasaran yang menjurus kepasa pemasaran hotel. Penilaian dilakukan merangkumi aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang menginginkan para graduan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini.

Bidang ini memfokuskan kepada:-
  • Menawarkan pelajar untuk memahami aspek operasi dalam industri hotel antarabangsa 
  • Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam kemahiran interpersonal, teknikal dan kemahiran komputer sejajar dengan keperluan industri 
  • Memberi pengetahuan dan penmahaman mendalah berkaitan aspek penyeliaan dalam kepelbagaian pelaksanaan dalam industri hospitaliti 
  • Memberi pendedahan bagaimana mengendali operasi kaunter hadapan, pengemasan, makanan dan minuman, pemasaran dan jualan, konferens dan katering 
  • Melahirkan graduan yang fokus kepada trend semasa dan isu etika dalam industri hospitaliti
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar yang berkeyakinan dalam berkomunikasi dan berkemahoran tinggi serta minat dalam industri hospitaliti 
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan yang berkaitan dengan industri hospitaliti.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Operasi makanan dan minuman
Program ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran praktikal untuk menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman dalam industri perkhidmatan makanan yang efektif mematuhi prinsip utama perkhidmatan yang menjangkaui serta melebihi jangkaan dari pelanggan. prinsip asas yang perlu dipatuhi dan diaplikasi bagi menyempurnakan tuntutan pelanggan dan menawarkan kepelbagaian dan keunikan setiap perkhidmatan bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang terbaik.

Operasi kaunter hadapan
Struktur dalam operasi kaunter hadapan akan memastikan pelajar mampu untuk menjadi 'hotelier' yang profesional. Memastikan pelajar mampu melakukan 'up-selling' dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan efektif dan berkesan dan mampu membuktikan bahawa operasi kaunter hadapan akan memberi impak yang besar dalam menjana operasi keseluruhan hotel. Memerlukan seseorang yang berinformasi dan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan secara profesional.

Operasi pengemasan bilik
Bahagian pengemasan bilik merupakan satu bahagian kritikal di mana memerlukan kemahiran dalam merancang, mengurus serta mengawal situasi bagi memastikan tetamu memperoleh perkhidmatan yang berkualiti. Bahagian ini berhubungkait dengan bahagian kaunter hadapan memerlukan pelajar untuk mampu berkomunikasi secara baik bagi memastikan operasi berjalan lancar dan efektif. Di peringkat ini, pelajar perlu mampu untuk mengatasi semua situasi seharian dari perspektif pengurusan sehingga kepada perincian teknikal.

Operasi jualan dan pemasaran
Jualan dan pemasaran merupakan aspek utama dalam perniagaan di mana ianya merangkumi pelbagai konsep dalam fungsi dalam institusi. Ianya juga memberi impak yang besar dalam menjana ekonomi kepada sesebuah pengurudan dan organisasi. Pelajar didedahkan dengan prinsip dan praktis dalam pemasaran, isu-isu berkaitan produk, perkhidmatan, harga, pengagihan dan promosi. Melatih pelajar untuk memperkembangkan kemahiran pasaran dan memahami dan mengaplikasi bidang kerja pasaran dan orientasi yang strategik di sesebuah organisasi. Pendedahan kepada perubahan pasaran global dengan menerapkan kebolehan mengaplikasi dalam industri hotel sebenar secara profesional.

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pengurusan Hotel dan Restoran
- Persediaan Makanan Syarikat Penerbangan dan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Kabin
- Pentadbir Hospitaliti dan Persediaan makanan
- Pengurusan Kapal Persiaran
- Pengurusan Kelab
- Persatuan pelancongan dan Hotel
- Pengurus Lembagaan
- Perkhidmatan makanan dan Hotel

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pengurus Front Office (Kaunter Hadapan)
- Pengawas Front Office (Kaunter Hadapan)
- Penolong Infomasi
- Resepsionis
- Ketua Jaga Pintu
- Kapten Lonceng
- Kapten Valet
- Pengurus Tempahan


Smile

5 comments:

  1. boleh tak post pasal diploma pengurusan pelancongan..? nak tahu serba sedikit pasal course ne.. thanks :)

    ReplyDelete
  2. sya nk tanya..pengurusan hotel ni senang atau susah untuk mempelajarinya..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved