Harry Potter - Golden Snitch

Tutorial - Cara Untuk Back Up Template Dalam Blgger


Template merupakan susunan kod HTML/JavaScript, CSS, jQuery dan lain-lain kod ada yang akan membentuk blog. Kod yang terdapat dalam template korang merupakan aspek yang sangat penting dalam membentuk paparan, susunan, dan fungsi yang terdapat dalam blog.

Terdapat banyak teknik pengubahsuaian blog memerlukan korang untuk lakukannya di dalam Template. Template saya diibaratkan sebagai sebuah "Rumah" kepada blogger. Sekali korang renovate ia akan menjadi sama ada cantik atau bertambah tak cantik atau mungkin akan runtuh (mendapat error). Jadi sebelum rumah korang runtuh, ada baiknya korang belajar cara untuk Back Up template korang.

Sila ikuti cara untuk back up template dalam blog korang di bawah ni.

1. Login kedalam akaun blogger korang, klik expand Option dan pilih Template


2. Dalam paparan yang muncul kenalpasti dan klik Backup / Restore


3. Paparan seperti dalam gambar di bawan ni akan muncul. Korang boleh klik Download full template untuk back up template korang. Ataupun korang boleh pilih Upload untuk memuat turun template yang baru.


4. Pop up save file akan muncul. Ia adalah berbeza mengikut browser yang korang gunakan. klik ok untuk download.



5. Dalam kes saya, saya menggunakan browser firefox. Saya teleh menetapkan automatik Save ke dalam folder Download saya. Sekiranya korang menggunakan Internet explorer atau browser yang lain, ia akan berbeza sedikit. Contohnya dalam Internet Explorer ia akan muncul seperti gambar di bawah ni. Kilk save dan Siap ^^.



Nota : Korang boleh cari lokasi template yang korang download tadi dan tukarkan nama template tersebut kepada tarikh dan masa korang download supaya korang boleh ingat dengan tepat.

Kalau ada sebarang pertanyaan, silalah komen di bawah.


Smile :D


Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara Back up Template dalam Blogger, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger

1 comment:

  1. Klau pkai Google Chrome pon boley ke? .. Tq for answering ..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved