Harry Potter - Golden Snitch

Lepasan SPM - Sambung Belajar Ataupun Bekerja (Part 2)

Dalam bahagian 1, Khai telah membincangkan perkara yang perlu korang ketahui sekiranya korang melanjutkan pelajaran ke Kolej. Bahagian 2 ini pula, Khai akan membincangkan sedikit gambaran sekiranya korang memilih untuk terus bekerja selepas SPM nanti.

bekerja selepas SPM

2) Terus bekerja selepas SPM

Kepada korang yang mengambil keputusan untuk terus bekerja selepas tamat SPM, adakah korang sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? cabaran untuk mencari kerja dengan hanya berbekalkan sijil SPM memang sukar, sedangkan mereka yang mempunyai sijil Diploma dan Ijazah pun masih ada ribuan orang yang masih mengangur. Walaupun kadar penganguran di malaysia dalam tahun 2012 hanyalah 3.3% (Rendah) namun jika diterjemahkan ke dalam bentuk bilangan, 3.3% ini bersamaan dengan lebih kurang 434,100 orang. (Sumber: Statistik.gov.my

Di sini khai akan memberikan gambaran kepada mereka yang tidak mempunyai keluarga yang kaya, perniagaan keluarga, ataupun apa-apa untuk diwarisi. Khai ingin mengambarkan mereka yang bermula dengan "0" dan tidak membuat apa-apa perniagaan sendiri. 

Bekerja selepas SPM

Untuk pengetahuan korang, jumlah pendapatan bagi lepasan SPM yang bekerja bermula daripada RM600 sehingga RM1300  (Sumber: Jobstreet.com) sebulan mengikut bidang pekerjaan yang dipilih samaada kerajaan mahupun swasta. Sekiranya korang berjaya mendapat kerja dengan kerajaan sebagai contoh pergawai kastam, imegresen, polis, askar, jururawat,, korang memang sangat bertuah. kerana ia dah boleh menjamin kehidupan yang cerah.

Seperti kerang mutiara, perlahan-lahan memproses sehingga berjaya menghasilkan sebiji mutiara. Proses ini mengambil masa yang agak lama (2 tahun++) Andaikan korang ni sebagai kerang mutiara, korang boleh pilih, sama ada akan membuat mutiara yang berkualiti tinggi atau pun tidak. :D

bekerja selepas SPM

Semakin lama bekerja, semakin banyak pendapatan yang korang dapat dan semakin tinggi pengalaman yang korang ada. Pengalaman bekerja inilah yang akan membolehkan korang mendapat gaji yang lebin tinggi ataupun membantu korang mendapat kerja yang lebih baik. ^_^

bekerja selepas SPM


Dari segi pengiraan kos (sebagai andaian), jika kita mengambil nilai purata gaji minimum RM900 setiap bulan. Pendapatan setahun ialah RM10,800. Pendapatan selama 3 tahun pula ialah RM32,400 (sambung belajar baru tamat pengajian Diploma). Pendapatan selama 5 tahun RM54,000 (Tamat pengajian Ijazah bagi yang sambung belajar). Nilai ini adalah nilai statik, belum dikira elaun, kenaikan gaji, naik pangkat ataupun menukar kerja yang memberikan gaji yang lebih tinggi-dengan andaian korang tidak pernah berhenti kerja.

Perbandingan Perbelanjaan Sambung Belajar dan Pendapatan Bekerja

1) Perbelanjaan (Hutang) untuk korang sambung belajar ke peringkat Diploma ialah RM24,000+. Sekiranya korang bekerja (Gaji RM900 Sebulan) korang boleh mendapat pendapatan terkumpul sebanyak RM32,400 (Tempoh 3 Tahun)

2) Perbelanjaan (Hutang) untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah (Lepasan Diploma) ialah RM59,000+. Sekiranya bekerja (Gaji RM900 Sebulan) pendapatan terkumpul boleh mencapai sebanyak RM54000. [Tempoh 3 tahun (Diploma) + 2 Tahun (Ijazah)=5Tahun].

3) Perbelanjaan (Hutang) untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah (Lepasan STPM) ialah RM35,000+. Sekiranya bekerja (Gaji RM900 Sebulan) korang boleh mendapat pendapatan terkumpul sebanyak RM32,400. (Tempoh 3 Tahun)

*Untuk mengetahui cabang melanjutkan pelajaran dan tempoh pengajian boleh KLIK SINI.
_____________________________

Senario alam pekerjaan di Malaysia

Fresh Graduate keluaran Ijazah boleh mendapat gaji sebanyak RM1800 sebulan (Kalau sampai). Padahal, mereka yang hanya sebagai keluaran SPM + pengalaman bekerja 5 tahun boleh mendapat jumlah gaji yang setaraf. Ini merupakan hakikat yang menyedihkan kepada lepasan Ijazah.

Khai bukanlah memperkecilkan para lepasan Ijazah. Khai sendiri merupakan salah satu pemegang sijil Ijazah produk keluaran UiTM. Khai hanya sekadar berkongsi pengetahuan, pendapat dan pandangan mengenai sistem pendidikan dan pekerjaan negara kita yang tercinta Malaysia pada masa ini. Keputusan di tangan anda.

Selamat Berjaya ^_^

Untuk membaca info sekiranya korang pilih untuk melanjutkan pelajaran korang boleh klik link di bawah

Peace~

Tags: Bekerja selepas SPM, Pekerjaan Lepasan SPM, Gaji Lepasan SPM, Purata gaji lepasan SPM, Lepasan SPM Bekerja

5 comments:

  1. hi! nice post..
    visit my blog ya..
    nordianamatsalleh.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bekerja selepas SPM bukan satu keputusan yang baik melainkan memulakan perniagaan sendiri..klau setakat makan gaji, jangka masa pendek boleh la..kumpul duit utk bisnes..skrg ni kt malaysia mcm2 program ditawarkan, cuma jgn malas je..sy blog about education juga kt http://www.hanisharun.com

    ReplyDelete
  3. nk share ckit ni pasal job online,hehe
    ..try la u guys kt cni http://bit.ly/1fSnOQ9

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved