Harry Potter - Golden Snitch

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Rumusan

Dalam chapter ni, kita di bawa kembali ke bahagian di mana Kakashi dan Obito masih lagi berdebat. Lubang didada Obito masih kelihatan dan saya rasakan ini merupakah satu ilusi yang direka oleh Obito. Seterusnya, kita membaca bagaimana Obito memberitahu Kakashi yang dia tidak mempunyai apa-apa kecuali kekosongan hati yang ditanggungnya selama ini. Itulah yang membuatkannya tidak berhati perut dan tidak mempedulikan apa-apa. Obito cuba untuk memujuk Kakashi dengan memberitahu Kakasi bahawa dia juga menanggung penderitaan sama atas kematian Rin dan Obito (masa lalu). Kemudian kita dilihatkan dengan ilusi obito yang menunjukkan versi kanak-kanak Rin dan Obito, di mana bahagian yang menyedihkan ialah obito pada usia tu mengimpikan untuk menjadi Hokage. Dia juga menyatakan, segala yang diimpikan boleh tercapai dan kekosongan hati boleh diisi dalam dunia ilusi. Kakashi (like a boss) memotong ilusi tu. Dia teruskan dengan menyatakan bahawa Rin telah mati dan Obito pula masih hidup, ini tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Kakashi memberitahu Obito supaya tidak memadam memori mengenai Rin dan menghargai pergorbanan Rin menyelamatkan Kampung dengan nyawanya sebagai taruhan. 

Kita kemudiannya dibawa ke bahagian yang lain di mana Juubi sedang melakukan formasi untuk melakukan serangan. Akhirnya setelah sekian lama, kita berpeluang melihat Killer Bee kembali. Kini tiba masa untuk Killer Bee beraksi. Transformasi Juubi hanya tinggal satu langkah untuk mencapai peringkat yang terakhir. 8th Tails kemudiannya memberitahu Killer Bee bahawa mereka perlu lakukan sesuatu kerana semuanya akan berakhir sekiranya Juubi mencapai transformasinya yang terakhir. Page seterusnya melihatkan Juubi sedang menyediakan Bijuu Bomb yang tersangatlah besar. Dalam bahagian ini, saya telah menjangkakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. 10th Tail Bijuu yang sebelum ni terlihat musuhnya dalam diri Naruto, tidak dapat menahan kemarahan. Madara yang baru sahaja ingin berseronok, terpaksa menguruskan segalanya setelah ketiadaan Obito dan ini membuatkannya naik angin.

Hampir kesemua Shinobi hampir putus harapan kerana ketiadaan Chakra Naruto untuk melindungi mereka. Sakura bangkit dan memberikan semangat kepada mereka. Dia menyuruh para Shinobi untuk bersedia menghadapi serangan Juubi dengan seluruh kekuatan, sementara dia menyembuhkan keseluruhan tenaga Naruto. Ini merupakan suatu perkara baik, Sakura juga ada memberi pepatah, Sekiranya mereka nak mati, adalah lebih baik mati dalam pertempuran daripada berdiam diri sahaja. 

Shikamura kemudiannya mempunyai satu rancangan dan memberitahu Kitsuchi (dengan bantuan Ino), yang mereka perlu mendirikan Earth walls untuk memperlambatkan serangan Bijuu bomb dengan Killer Bee berada di bahagian paling belakang untuk menahannya. Kita juga dilihatkan dengan Ino yang berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan informasi daripada Shikamaru kepada keseluruhan Shinobi di medan perang tentang cara untuk membuat benteng pertahanan tersebut. Sejurus selepas informasi diberikan, Jubii melepaskan Bijuu Bomb dan Shinobi alliance dengan serentak menyediakan dinding halangan. 

Scene dibawa kembali kepada kakashi dan Obito membincangkan perkara yang sama. Obito menyanyakan bagaimana supaya kekosongan dalam hati boleh diisi kembali. Kakashi dengan selamba menjawap, dengan mencintai dan dicintai. Tambahan Kakashi, selagi tidak berputus asa, selagi itu ada peluang. Muka surat seterusnya, Bijuu Bomb melanggar dinding perlindungan dan kekuatannya yang di luar jangkaan para Shinobi. Bee yang berada di belakang dinding perlindungan tu, kelihatan tidak boleh menahan daya serangannya.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Scene kemudiannya ditarik kembali kepada Obito dan Kakashi. Obito menyangkal Kakashi dengan mengatakan bahawa dia hanya berkata kosong sahaja. Tetapi Kakashi membalas dengan memetik kata-kata Obito satu masa dahulu dengan sedikit penambahbaikan (boleh lihat pada bahagian quote). Kita seterusnya dilihatkan dengan Bijuu bomb yang tiba-tiba hilang. Semua orang terkejut! dan kelihatan sebilah Kunai dan saya pasti kita semua telah tahu apa maksudnya. 

Minato telah tiba di medan perang dan sudah pasti Hokage-hokage yang lain pun ada mengikutinya di belakang. Minato memnta maaf kerana lambat, tetapi Naruto berkata dia datang tepat pada masanya. Tamat bagi Episod ini.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Apa Yang Menarik
1st - Kita dilihatkan dengan ramai watak walaupun dalam satu chapter sahaja. Sakura menaikkan semangat Kumpulan Shinobi. Kita boleh lihat Killer Bee yang kelakar. Yang paling menarik perhatian saya ialah Shikamaru, yang boleh mengatur strategi di minit-minit yang terakhir adalah awesome dan saya sangat kagum.

2nd - Petikan daripada Kata-kata Kakashi sebagai motivasi. (ditunjukkan dalan bahagian quote)

3rd - Minato yang berjaya menghentikan serangan Bijuu menunjukkan potensi sebenar kekuatan yang ada padanya. Cara masuk ke medan perang yang epic. Raut wajah Naruto yang selamba, agaknya dia sudah menjangkakan ketibaan para Hokage dengan kuasa derianya.

4th  - Chapter seterusnya kita mempunyai peluang yang tinggi untuk melihat para previous Hokage dan Sasuke.


Tak Menarik
1st - Saya sangat berharap dapat melihat kesemua Hokage tiba dan bukan hanya seorang. Saya juga berrharap untuk melihat Sasuke berdiri di sebelah Naruto. Perkara yang kecil, tapi saya sedikit kecewa :(

Persoalan
Adakah Kakashi dan Obito akan menyambung pertarungan mereka?
Apakah Reaksi Naruto apabila dia berjumpa dengan Sasuke?

Quotes
Sakura: "If were gonna die anyway...Then it's better do die fighting then to do nothing"
Kakashi: "In the world of shinobi those who break the rules are trash, However those who don't treasure there friends are worst the trash. And the ones who don't treasure their friends feelings are even worst then that"

Rating
Saya berikan chapter ini ... 4.8/5


Apa yang korang nak lihat dalam chapter seterusnya?


Next Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 629 "Windhole"


Tags: Baca Naruto 631 Bahasa Melayu, Naruto 631 Manga, Naruto 631 Online, Naruto 631 chap, Naruto 631 chapter, Naruto 631 Review, Naruto 631 Manga Review
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)

2 comments:

  1. huisshh dah lama aku x follow up dgn naruto pnya manga . huish makin menarik lak story line dia hushhh x blh jadi ni :D yondaime !!!!

    ReplyDelete
  2. Hehe, Hello Din, memang cerita Naruto dah sampai kemuncak. Tak sabar nak baca chapter setersnya. hehe

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved