Harry Potter - Golden Snitch

New Features Dalam Edit HTML Pada Template Blogger

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML
Hello Hello~

Hari ni, Khai dikejutkan dengan new features daripada blogger.com. Mereka telah mengubah ciri-ciri dalam "Edit HTML" dalam bahagian Template. Nampaknya mereka telah membuat perubahan ini sejak sebulan yang lepas (dah lama tak edit template). Saya tak tahu nak jadi happy or not dengan features baru ni. Bagi Khai, ia membawa berita yang sangat baik dan juga berita yang sangat buruk. Why why why? Berita baiknya, feature baru ni, memudahkan kita untuk edit HTML dalam Template Blog bagi setiap widget. Berita buruknya, :( Khai terpaksa update kesemua Tutorial Blog yang berkaitan dengan Template HTML. Wah, ini akan memakan masa >_> Apa-apapun, Saya akan cuba yang terbaik untuk menyiapkannya dengan segera, supaya korang dapat ikuti semua tutorial blog dalam Khaiangel.com tanpa sebarang masalah.

OK! cukup dengan itu. Mari kita lihat, apa yang ada dalam feature baru Edit Template HTML. Gambar di bawah merupakan screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML.

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Penambahan Fungsi

1. Jump to Widget

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Fungsi ini mambantu kita untuk mencari dan terus sampai ke kod HTML bagi setiap widget yang ada dalam blog.

2. Preview Template

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Fungsi "Preview Template" telah diubah suai. Sebelum ni, setiap kali kita buat preview Template blog kita, ia akan di buka pada Tab baru. Tetapi dengan fungsi baru pada "Preview Template" kita boleh terus mendapat preview dalam page yang sama.

3. Expand Widget

New Feature dalam Edit Template HTML

Dalam fungsi "Expand Widget" yang terdahulu, kita hanya perlu hit pada check box expand widget dan keseluruhan kod HTML widget akan dipaparkan. Pada fungsi baru ni pula, ia telah diperincikan dan kita terpaksa klik pada image yang berbentuk segi tiga bewarna hitam tu untuk melihat kod HTML bagi setiap widget yang ada.Fungsi ini menggunakan "Code Folding" di mana, setiap kod dalam kategori yang sama akan dukumpulkan dan dilipat menjadi satu.

4. Format Template
Fungsi "Format Template" mengembalikan widget yang kita telah "Expand" kepada kedudukan asal.

5. Nombor dalam setiap line
Penambahan nombor dalam setiap line dalam kod HTMLagaknya boleh membantu kita untuk mengingati barisan mana yang kita telah/nak edit.

6. Syntax Highlighting
Syntax Highlighting merupakan feature yang memaparkan text dalam warna yang berbeza mengikut kategori dan istilah setiap kod HTML. Fungsi ini membolehkan kita mendapat info dan mengenal pasti kod-kod HTML yang terdapat dalam template blog.

7. Revert Changes & Revert widget templates to default
Fungsi ni tidak berubah.

8. Mudahkan kita cari kod menggunakan CTRL+F
Untuk menggunakan fungsi baru ni, Kita mestilah klik dahulu dalam korak kod tu sebelum tekan CTRL+F dengan serentak. 

Sekiranya korang tak klik dalam kotak kod HTML tu, default find box akan keluar selepas korang tekan CTRL+F. Default find box tu akan mencari perkataan yang hanya terdapat dalam permukaan kod. Oleh kerana feature baru template menggunakan sistem "Code Folding" maka banyak kod yang tersembunyi dan tidak dapat dicari menggunakan default find box.


Diharapkan info ni boleh membantu korang, terutama sekali kepada para blogger baru :)

Korang nak info yang lebih lanjut boleh Klik Sini --> Blooger Developers Network

Happy blogging~




Tags : New Features Dalam Edit HTML Blogger , Cara Baru Edit Template dalam Blogger, Blogger, Tutorial Blog, Cara Masukkan Kod HTML dalam Template Blog, Template Blog, Feature baru dalam Blogger.

7 comments:

  1. Lama tak singgah belog khai nie..ada guna tutorial khai dulu..hihi...:)..koding nie memang susah ler..cik akak tak reti lagi nak pakai :)

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tak dak masalah kalau kita dah biasa dengan coding2 ni. Tapi terasa malas pula nak edit tutorial sedia ada. hermmmm...

    ReplyDelete
  3. Nice info, sist.
    Terimakasih sekali,
    Hmmm lama tak utak-atik tampilan blog. Nampaknya malas ini adalah virus utama hehehe
    Salam dari blogger Indonesia.

    ReplyDelete
  4. Hello hello~
    @Nao Mei, Khai selalu ikut perkembangan blog purple tu.. hehehe, semakin hari semakin cantik dan mantap :D

    @MRie RNie, Kepada yang dah biasa memang memudahkan, tapi bagi yang baru tu agak sukar sikit. Tak banyak yang perlu diubah actually, cuma perlu ubah part yang ada "Hit pada Expand Widget" ^_^

    @Ririt Handayani, W'salam~ eh, blog Khai ni cam blog ladies ke?? >.< hahaha, Thanks sudi singgah sini ^_^

    ReplyDelete
  5. uwaaaa patutler...jenuh cari kat mane nk 'tick expand widget' sbb mostly tutorial ade arahan mcmtu..dari satu blog ke satu blog dok google..maklumlah sy ni newbie dlm blogging..tp xjumpa dan akhirnya sy jumpa jawapannya di sini..thanks so much khaiangel.com.sgt membantu ^^

    ReplyDelete
  6. Hello PuteriMas, :) saya pun tak perasan dengan perubahan ni. Dah hampir 2 bulan diubah barulah saya nampak.

    ReplyDelete
  7. Soccer Betting | Soccer Betting - Sporting 100
    Soccer betting, ford escape titanium for sale and the best odds, titanium banger tips, bonuses and promotions. Find Soccer titanium app betting odds, latest promotions, odds and offers 토토사이트 from leading titanium white dominus price

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved