Harry Potter - Golden Snitch

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Salam.. Hello Hello~

Sejak beberapa minggu ni, Khai telah menerima beberapa e-mail daripada pembaca bertanyakan tentang cara untuk memulakan blog baru. Selepas berkongsi pendapat saya dengan mereka, beserta dengan beberapa tips dan idea, Saya rasa, saya ingin membantu lebih ramai lagi, daripada hanya berkongsi kepada beberapa orang sahaja. Itulah yang memberikan saya inspirasi untuk membuat post ni.

Tips asas dan idea saya untuk korang memulakan blog baru.
10 tips yang saya harapkan saya tahu sewaktu saya mula menulis blog setahun yang lepas...

Walaupun Khai baru setahun jagung, masih merasakan diri sebagai "newbie" dan perlu mempelajari banyak lagi tentang blog, tapi saya mempunyai banyak benda untuk dikongsi melalui pengalaman peribadi saya sama ada baik atau buruk. Pada awalnya apabila saya mula menulis blog, ia adalah sangat menarik dan menyeronokkan, namun ia juga kadang-kadang sangat sukar dan mengecewakan. Saya habiskan masa berjam-jam tanpa henti sehingga lewat malam semata-mata untuk mencari coding, HTML, blog template, blog design dan banyak lagi. Saya bersyukur dengan semua yang saya pelajari, dan ia adalah penting untuk membawa saya ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya tidak mempunyai mentor sewaktu memulakan blog dulu. Mungkin blog ini akan jadi lebih besar lagi kalau time tu ada orang yang berikan tunjuk ajar :). Khai harap, info ni akan membantu korang dalam perjalanan dunia blogging korang.

Sebelum korang nak mulakan blog baru, korang tanya soan ni kepada diri sendiri:
Pernahkah korang terfikir untuk membuat blog sendiri tetapi tak tahu bagaimana cara nak mula?
Adakah korang mempunyai sesuatu yang istimewa dan unik untuk dikongsikan dengan orang lain?
Pernahkah korang tertanya-tanya bagaimana blog sebenarnya boleh menjana pendapatan?

Teruskan membaca kalau korang pernah fikirkan soalan-soalan tu..
Saya berterima kasih kepada seorang rakan baik yang telah memperkenalkan blog dan memberikan inspirasi kepada Saya untuk memulakan blog. Sewaktu Khai buat blog setahun yang lepas, ia cumalah sebagai suka-suka sahaja. Sekadar ingin membuktikan yang Saya pun pandai buat blog. Pada masa tu, Khai tak tahu banyak mengenai blog, bagaimana blog boleh menjadi pengaruh yang besar dan sebanyak mana blog boleh memberikan maklumat (dan boleh menjana income :D).

Itu merupakan cerita lalu. Setahun selepas tu, saya memang sangat suka dan jatuh cinta dengan blogging. Di mana, saya boleh berkongsi segala yang terlintas dalam fikiran dan bebas untuk menulis apa sahaja selagi tidak melanggar mana-mana undang-undang. (Namun ia juga dibatasi oleh masa dan idea untuk menulis ^_^v ) Apa yang cuba saya katakan di sini ialah, sekiranya korang mempunyai sesuatu yang unik dan istimewa, ia adalah sangat baik untuk dikongsikan dengan orang lain, dan blog merupakan platfom terbaik untuk korang buat demikian!

So, mari sama-sama skodeng tips ni

1. Idea membuat blog
Benda pertama yang sangat penting korang perlu tanya kepada diri sendiri sebelum membuat blog baru adalah membayangkan idea tentang blog korang, adakah ia blog baru mengenai personal? ataupun sebagai tempat cari duit a.k.a tempat perniagaan. Kebanyakan blog bermula sebagai personal blog dan hobi, tetapi akhirnya bertukar menjadi tempat menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Soalan ini mungin boleh membantu korang pilih kategori blog yang korang nak buat:
Berapa banyakah masa yang korang sanggup luangkan untuk blog baru korang?
Berapa kerap korang menulis post baru dalam seminggu?
Adakah korang buat blog untuk :
i   . Cari duit atau menjalankan perniagaan secara online?
ii  . Menyebarkan maklumat dan informasi?
iii . Sebagai dairi atau personal blog?
v  . Kawan ada blog jadi korang pun nak satu?

Soalan-soalan ini semuanya merujuk kepada komitmen dan kesetiaan korang terhadap blog baru yang korang akan buat. Personal blog adalah sangat sesuai kepada blogger baru. Korang boleh menentukan design blog, bagaimana nak buat, gaya penulisan dan masa untuk diluangkan untuk blog. Saya menulis kira-kira 1-4 post dalam seminggu (mengikut kerajinan, idea dan masa ^_^). Tetapi, sekiranya korang nak buat bisnes melalui blog, lain pula ceritanya. Kekerapan membuat post dalam seminggu adalah sangat penting dan ini sudah tentulah akan memakan masa yang lebih dan boleh memecahkan otak berfikir.

2. Buat Blog Baru, Bukan Kerana Wang

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Sekiranya korang terfikir nak buat blog, teruskan untuk membuat blog baru, tetapi bukan untuk buat duit (belum sampai masanya). Sebenarnya, korang boleh bermula dengan keinginan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, tetapi ini akan mengambil sedikit masa. Apa yang Korang perlu buat ialah menulis mengenai apa sahaja yang korang suka. Korang boleh mengeluarkan segala idea, pemikiran dan keinginan & kemahuan korang dalam blog. Ini akan membuatkan pembaca blog korang tertarik dan di situlah semuanya akan bermula. Seperti mana-mana blog baru, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk untuk melihat hasilnya. Namun ada juga blog yang hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada idea, kemahiran dan kreativiti blog tersebut menarik minat para pembaca.

3. Pilih Platform Blog

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Sebaik sahaja korang dah tentukan apa kategori blog yang korang nak buat sama ada personal ataupun perniagaan ini akan membantu korang untuk menentukan platform apa yang korang boleh gunakan. Terdapat dua platform utama yang menyediakan perkhidmatan membuat blog baru secara PERCUMA iaitu Blogger.com dan WordPress.org. Kedua-dua platform ini adalah mudah untuk digunakan dan memang dicadangkan untuk blogger baru.

Saya menggunakan platform Blogger.com dan mempunyai domain .com yang dibeli melalui webserver.com.my. Saya mencadangkan blogger baru untuk bermula pada Blogger.com kerana ia sangat mudah digunakan dan mudah untuk difahami. Tetapi sekiranya korang mempunyai impian yang besar untuk memulakan perniagaan online, korang boleh memilih untuk bermula dengan Wordpress.org lebih awal. Ini akan menjimatkan banyak wang dan masa untuk peralihan data pada suatu masa akan datang.

4. Pilih Nama Blog
Langkah seterusnya ialah pemilihan nama bagi blog. Korang perlu tentukan nama dan pastikan URL itu tersedia untuk digunakan. Terdapat zillion laman-laman web dan blog ada terdapat dalam internet, dan saya pasti, nama yang korang suka telahpun diambil orang lain. Sekiranya korang bertuah, korang mungkin akan dapat menggunakan nama ataupun URL blog yang korang suka.

Sekiranya korang ingin memulakan blog dalam mana-mana platform yang saya ada sebutkan sebelum ni, saya cadangkan kepada korang untuk membeli .Com sebenar atau .net untuk dijadikan domain blog korang. Korang boleh pergi ke Webserver.com.my (terdapat banyak lagi web yang menyediakan servis menjual domain) untuk membuat tempahan. Harga bagi sebuah domain tidaklah semahal yang kita sangkakan. Kebanyakan web hosting menawarkan Domain .com atau .net pada kadar RM30-RM45 setahun dan ini sebenarnya sangatlah berbaloi.


5. Membuat Reka Bentuk Blog
Sama seperti pakaian yang kita pakai, reka bentuk blog akan menjadi penyeri kepada apa yang ditulis di dalam blog. Blog yang simple mempunyai background yang bewarna putih dengan penerangan blog pada header. Ia boleh diperkembangkan lagi dengan grafik, teks dan warna yang berbeza. Korang boleh lihat melalui blog dan laman web lain untuk mendapatkan inspirasi tentang reka bentuk blog. Korang juga boleh buat reka bentuk blog sendiri, ataupun mengupah mereka yang profesional. Apa yang penting, Jangan sesekali "Copy paste" (Korang sudah tentu tak nak blog korang sebiji cam design blog orang lain).

Khai cadangkan untuk korang design blog sendiri, bersesuaian dengan kemahiran korang seadanya. Mempelajari cara untuk membuat reka bentuk blog adalah sangat menyeronokkan. Selain boleh mengetahui setiap fungsi widget dan tools yang korang gunakan dalam blog. Korang secara tidak langsung akan belajar mengenai Search Engine Optimization (SEO). Setelah design blog korang telah siap, barulah korang boleh mulakan untuk menulis post dengan tenang. Tetapi, jangan pula korang masuk blog, sekadar untuk menghias blog.

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Design blog KhaiAngeL.Com
6. Masukkan Gambar Dalam Setiap Post
Meletakkan gambar dalam setiap post yang korang tulis adalah sangat penting. Bagi saya sendiri, gambar merupakan segala-galanya. Sekurang-kurangnya korang perlulah meletakkan satu gambar dalam setiap post yang korang buat. Pembaca lebih tertarik kepada gambar visual dan membuatkan mereka membaca post korang dengan secara tidak langsung. Gambar yang digunakan perlulah bersesuaian dengan post dan tidak terlalu kecil untuk memudahkan orang lain melihatnya.

7. Mendapatkan Traffik Ke Blog 
Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Traffik merupakan jumlah pengunjung (visitors) yang datang singgah ke dalam blog. Ia merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu diambil kira dalam blogging. Sekiranya tidak mempunyai traffik ke dalam blog, maka tiada sesiapa pun yang tahu kewujudan blog kita. Korang kena pandai memasarkan blog korang dengan membuat pengiklanan dan mempromosikan blog. Cara yang paling mudah, adalah melalui laman sosial iaitu FaceBook dan Twitter melalui wall post ataupun join mana-mana group blogger dalam FaceBook yang sedia ada (Contoh : KelabBloggerBA, Mr&MrsBlogger, ExTreemBlogger, PortBlogger, etc.). Cara yang kedua pula ialah dengan membuat "Blog Ping". Terdapat banyak web yang menawarkan perkhidmatan ping blog (Contoh : Busuk.org, Gilaping.com, Blogged.my, etc.). Dengan bantuan blog ping, Kebarangkalian blog korang tersenarai dalam search engine (Google, Bing, yahoo, etc) akan meningkat.

Tapi sebelum mempromosikan blog, ada dua persoalan. Adakah blog korang telah bersedia untuk dipromosikan? Berapakah jumlah post yang ada dalam blog korang? 1st impression adalah sangat penting. Ini membolehkan pengunjung datang dan kembali melawat blog kita dimasa hadapan.

8. Merapatkan Hubungan Dengan Blogger Lain
Setelah telah bersedia dan berjalan dengan lancar, korang bolehlah mendekati blogger lain dalam kategori blog yang sama. Tubuhkan atau menjadi ahli persatuan blog. Melawat blog lain dan tinggalkan komen pada blog mereka. Lihat apa orang lain tulis dan bagaimana mereka dapatkan trafik ke dalam blog mereka. E-mail ataupun hantarkan mesej melalui facebook untuk memulakan perbualan kepada blogger lain. Untuk pergi lebih jauh lagi, mulakan dengan membuat ikatah persahabatan dengan blogger lain. Sekiranya mempunyai peluang untuk menghadiri mana-mana perjumpaan blogger, jangan lepaskan peluang ini korang mungkin akan mendapat kawan sepanjang hayat :D.

9. Nuffnang dan Google Adsense
Pada hari pertama, sememangnya tiada mana-mana pihak yang akan advertise dalam blog korang. Blog belum mempunyai traffik, jadi ia tidaklah begitu menguntungkan bagi mereka (belum tiba waktunya). Tapi korang tak perlu risau, korang just letak widget iklan daripada Nuffnang ataupun Google Adsense (Ataupun mana-mana web yang menawarkan perkhidmatah sama). Korang boleh membuat akaun Gmail baru dan sign up untuk Google Adsense, Sekiranya memilih untuk meletakkan Google Adsense.

Walaupun dengan hanya memperoleh 20 sen dalam bulan pertama, ia sudah merupakan sesuatu. Semakin lama blog korang mempunyai iklan melalui nuffnang ataupun Google Adsense, adalah semakin baik. Percayalah :)

10. Jadilah Diri Sendiri, Tulis Seperti Mana Yang Korang Cakap
Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Ini merupakan tips yang terakhir, jadilah diri sendiri, tulis seperti mana yang korang cakap!. Kelemahan dan halangan utama saya sepanjang menjadi blogger ialah, saya menjadi seperti robot yang memberikan maklumat, tetapi tidak menulis dari hati. Pembaca blog yang setia inginkan sebuah ikatan yang rapat dengan penulis, sebap itulah mereka kembali dari masa ke semasa. Terdapat juga pembaca yang hanya membaca blog yang tertentu sahaja kerana mereka sukakan personaliti penulis blog tersebut. Perlu diingatkan di sini bahawa, kualiti adalah sangat penting berbanding dengan kuantiti. Tetapi jumlah post yang banyak juga membolehkan kebarangkalian blog untuk diindex oleh search engine menjadi tinggi. Terpulanglah kepada korang nak buat yang mana satu.

Jangan memaksa diri korang untuk membuat post yang tidak mempunyai isi, ataupun dengan "Copy paste" kandungan blog orang lain secara bulat-bulat (dengan syarat memberikan sumber asal?). Ianya tidak berbaloi dan boleh dianggap sebagai mencuri dan menipu diri sendiri. Sekiranya korang dah ketandusan idea, dan hanya itulah satu-satunya cara korang untuk buat blog post, korang boleh copy content blog lain, cuma tukarkannya kepada cara penulisan korang sendiri dan berilah kredit kepada sumber asal. :)

_______________________ (>^_^)>

Ok! setakat iti sajalah info Khai untuk para blogger baru. Khai tahu ada banyak lagi tips dan idea yang boleh dikongsikan dan ini hanyalah sebagai permualaannya, tetapi sekurang-kurangnya korang dah tahu apa perkara asas yang perlu diketahui dalam memulakan blog baru. Khai harapkan semua yang terbaik dalam perjalanan blog korang dan semoga berjaya ^_^. Kepada blogger Otai yang tersinggah di sini, Khai harap korang boleh kritik info ni dan suarakan pandangan korang pada ruangan komen. Thanks ya :D

P/S menulis info ni buat Khai rasa macam dah Pro, Hahahahaha~ Padahal Khai Masih lagi Newbie :D



Tags : Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru, Tips Buat Blog Baru, Idea Blog Baru, Cara buat Blog baru, Memulakan Blog, Blogger Baru, Langkah memulakan blog, Blog Baru, Tutorial Blog

5 comments:

  1. Bagus 10 tips ni. Tapi memang tak dinafikan kebanyakkan blogger baru sekarang ni buat blog hanya kerana nak buat duit. Walaupun blog yang dibina belum mempunyai daya tarikan (artikel) untuk menarik orang membaca dan memfollow blog tersebut.

    ReplyDelete
  2. Hello MNie RNie :).. Khai dulu pun cam tu juga, ingatkan bila dah buat blog, boleh dapat duit on the spot, hahaha.. apa yang berlaku adalah sebaliknya..

    Tapi satu lagi trend blogger malaysia, mereka rajin buat event/segmen, "i follow u, u follow me".

    ReplyDelete
  3. Saya mula buka blog guna platform blogspot..mula-mula buka tu bukan niat nak berkongsi dengan orang lebih macam diari saya dan utk suka2 aje..

    7 tahun ambil masa untuk menulis dengan betul dan faham selok belok blogging ni. In terms of making money saya tak berapa memberi harapan sangat. Ada Alhamdulillah takde takpe ;)

    ReplyDelete
  4. Wah sist Akma singgah comment ^_^ Thanks ya!

    Permulaan bagi setiap blogger baru adalah hampir sama. Sekadar suka2 dan blog sebagai dairi. Lama kelamaan, perlahan2 berkembang daripada suka2 jadi blog review, tutorial, info etc.. Proses ini memakan masa yang agak panjang. Seperti Khai, masih2 tercari2 lagi apa benda yang nak di"highlight"kan dalam blog. :D

    Khai bercadang untuk import blog ke wordpress lepas Domain Expire nanti.. Harap2 time tu tabung Nuffnang dah cukup untuk tampung cost :D

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved