Harry Potter - Golden Snitch

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus

Salam~

Seperti yang anda semua perasan, ruangan komen dalam blog Khaiangel.com adalah sedikit berbeza daripada bloger blogspot yang lain. Ya, Khai menggunakan sistem komen menggunakan Disqus. Mugkin ada di antara anda yang belum mengenali apa itu Disqus. Dalam entri selepas ni, saya akan berikan sedikit review mengapa Khai memilih Sistem Komen Menggunakan Disqus. Ada apa dengan komen menggunakan Disqus?(link)

Setelah berjaya memasang Komen Disqus dalam blog ni, saya telah mendapati satu perkara iaitu banyak komen yang diterima tidak mempunyai avatar ataupun image. Untuk membantu anda dan mengelakkan perkara yang sebegini, Saya nak tunjukkan cara bagaimana nak tinggalkan komen menggunakan Disqus.

Bagaimanakah Cara Untuk Tinggalkan Komen Menggunakan Disqus?

Pertama sekali, anda perlulah klik pada ruangan yang ada dalam kotak komen tersebut dan tulis komen yang anda nak berikan.

Selepas itu, anda boleh memilih identiti (ID) yang anda nak gunakan dalam bahagian "Connect With" yang terletak di bawah kotak komen tersebut. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan ID anda di Facebook, Twitter ataupun Google+.

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus


Sekiranya anda tak nak menggunakan ID tersebut, anda juga boleh meninggalkan komen menggunakan Nama beserta dengan E-mail sahaja, tetapi keburukan menggunakan cara ini ialah komen korang takkan mempunyai link ke blog dan juga image avatar.

Anda telah berdaftar dengan Disqus? hanya perlu login dengan ID Disqus anda dan publish comment.

Ok, rasanya cara untuk meninggal komen menggunakan Disqus cukup mudah. Sekiranya anda juga ingin menggunakan sistem komen menggunakan disqus dalam blog boleh terus layari disqus.com ataupun cara untuk masukkan Komen Disqus dalam blog (link).


Tags: Komen Disqus, Cara Tinggalkan komen Disqus, Komen Disqus menggunakan Facebook, Komen Disqus Menggunakan Google+, Komen Disqus menggunakan Twitter, Disqus

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved