Harry Potter - Golden Snitch

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu


Chapter ini dimulakan dengan penampilan Team 7 bersama dengan binatang seruan mereka masing-masing. Naruto pula terkejut dengan seruannya Gamakachi yang mengantikan bapanya (Bunta) kerana saisnya yang membesar dengan begitu cepat. Rasanya apa yang sedang dilakukan oleh Bunta sekarang? Melihat kepada sais Juubi yang begitu besar, binatang seruan mereka kelihatan kecil walaupun sebenarnya sais mereka juga adalah besar.

Sasuke pula menyeru ular seruan yang baru bernama Aoda menggantikan Manda. Binatang seruan Sasuke kali ini tidak mempunyai banyak karenahdan menuruti arahan Sasuke (tidak seperti Manda). Manakala Sakura menyeru Katsuyu, Lintah bulan seruan 5th Hokage Tsunade untuk membantu menyembuhkan kecereraan dan mengembalikan tenaga para shinobi. Nampaknya hanya Sakura yang menggunakan Haiwan seruan yang lama. Ini mungkin jadi lebih menarik sekiranya dia turut mempunyai binatang seruan yang baru.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu

Seterusnya Team 7 menyerbu ke hadapan dengan seruan mereka, secara teknikalnya hanya 2 orang yang maju ke hadapan dan Sakura hanya tinggal di belakang. Hal ini sedikit mengecewakan kerana dia telah mengaktifkan kuasa barunya yang sangatlah kuat dan juga menyeru Katsuyu, tetapi dia tidak maju untuk bersama-sama menyerang Juubi. Sakura hanya mengaktifkan teknik penyembuhan untuk membantu para shinobi.

Kombinasi serangan Sasuke dalam keadaan Susanno dan Aoda, disertakan dengan pergerakan ular yang sangat lincah menjadikan Sasuke sebagai penyerang yang sangat kuat dan cepat. Kombinasi ini seakan-akan seperti Madara dan Kyubi suatu ketika dahulu.

Kita kemudiannya melihat kumpulan rookie 9 mendoakan kejayaan mereka. Sekali lagi Lee dan Ten Ten tidak kelihatan di antara mereka. Di manakan Lee dan Ten Ten sekarang ni? Mengapa mereka masih tidak ditonjolkan? Sakura pula kelihatan sangat berbanga dengan kekuatan yang ada pada Naruto dan sakuse sehingakan dia menitiskan air mata.

Gabungan serangan kuasa angin berserta dengan Api antara Naruto dan Sasuke menghasilkan satu kuasa yang amat hebat, sehinggakan para Hokage turut berasa kagum. Serangan ini telah berjaya melumpuhkan Juubi daripada mencapai bentuk terakhirnya.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu

Sedikit menghairankan apabila Juugo yang hanya duduk berdiam diri mendapat perhatian yang lebih. Sai turut mengesyaki sesuatu mengenai Sasuke. Adakah sasuke mempunyai agendanya yang tersembunyi di sebalik menjadi karakter baik secara tiba-tiba?

Dalam penghujung cerita setela beberapa minggu tertanya-tanya di manakah Orochimaru berada, kita akhirnya kita telah mendapatkannya. Dia bersama-sama dengan Karin dan Suigetsu tiba ke lokasi Tsunade dan para Ketua yang lain. Adakah Orochimaru tiba untuk membantu mereka ataupun sebaliknya? kita tunggu sehingga chapter yang seterusnya. Tamat Naruto Chapter 634.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu


Antara Yang Menarik
1st  - Kehadiran Binatang seruan Team 7 yang baru (kecuali seruan Sakura)
2nd  - Gabungan Kuasa antara Sasuke dan Naruto yang mantap berjaya menjatuhkan Juubi.
3rd  - Kehadiran orochimaru ke medan perang yang menimbulkan sebibu satu persoalan.

Tak Menarik
1st  - Lee dan Ten Ten telah di abaikan.
2nd  - Tiada perkembangan cerita antara Kakashi dan Obito. Madara turut tidak kelihatan dalam chapter ini.

Persoalan
1. Apakah yang sedang dibuat oleh Lee dan Ten Ten ketika ini?
2. Apakah perkembangan cerita Kakashi dan Obito?
3. Apakah yang akan dilakukan oleh Orochimaru terhadap para Kage? Adakah dia akan membatu mereka atupun sebaliknya?

Quotes
1. Sai : "So this is the previous Team 7".
2. Naruto : " Great Gamakichi, you got better too, not just bigger!!"


Rating
Chapter yang sangat baik. Mempunyai perkembangan cerita yang sangat baik dengan kehadiran Orochimaru (walaupun hanya dalam 1 muka surat). Terlalu banyak yang boleh dijangkakan dalam episod yang akan datang. Saya berikan 4/5


Next Chapter Review :
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 633 "Going Foward"



Tags: Baca Naruto 635 Bahasa Melayu, Naruto 635 Manga, Naruto 635 online, Naruto 635 chap, Naruto 635 chapter, Naruto 635 Review, Naruto 635 Manga Review, Read Naruto 635
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)

1 comment:

  1. Did you know that that you can make money by locking premium pages of your blog or site?
    Simply join AdWorkMedia and implement their content locking tool.

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved