Harry Potter - Golden Snitch

Pemilik Blog Dan Portal Diwajibkan Dedah Identiti Sebenar - Isu Blogger Hantu



Syarat Baru Untuk Pemilik Blog Dan Portal

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.
Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Petikan Artikel daripada BHarian.com.my



Mengulas mengenai pernyataan artikel diatas, sebenarnya Khai 50% bersetuju, 50% tak setuju mengenai hal ini.

Mengapa 50% bersetuju?
1. Mendedahkan identiti sebenar menjadikan blogger lebih realistik dan bertanggungjawab. Penulisan dalam blog akan dibuat dengan lebih berhati-hati kerana segala karya yang ditulis mencerminkan diri sendiri, tak gitu?

2. Biasanya blogger yang dah berjaya ataupun terkenal di luar sana tidak menutup identiti. Kebanyakan mereka memang mudah untuk dihubungi dan didekati. (Malahan boleh berjumpa face2face dalam event blogger :D).

3. Blogger yang Ikhlas menulis tidak akan berselindung dengan identiti yang palsu. Walaupun blog tu adalah blog bagi sebuah syarikat, blog perkongsian, mahupun blog persendirian, pembaca sudah tentu nak mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat penulis blog-blog tersebut (Biasanya ini benda yang 1st Khai cari sekiranya 1st time melawat blog lain).

Mengapa 50% Tak Setuju?
1. Mendedah profil sebenar dalam internet merupakan satu perkara yang tidak patut dibuat oleh sesiapa pun, kecuali jika kita berada di laman yang selamat (Cth: Website www.Maybank2u.com.my). Ini kerana, pendedahan identiti secara terbuka boleh mengakibatkan kecurian identiti dan boleh menyebabkan kerugian yang tak terhingga.

2. Terdedah dengan jenayah Internet. Ramai "hackers" dan pengondam laman web di luar sana yang sangat pakar boleh menggunakan identiti kita untuk melakukan jenayah mereka.

3. Mendedahkan Identiti juga boleh menyebabkan kita lebih terdedah kepada serangan peribadi. Tidak kiralah melalui serangan fizikal ataupun serangan maya dari blog-ke-blog.

Sebagai Alternatif
1. Kerajaan sepatutnya menubuhkan satu sistem khas untuk mengetahui identiti sebenar penulis dan pemilik bagi setiap blog, portal.

2. Mengisukan Lesen untuk menjadi blogger. Saya menyokong 100% sekiranya kerajaan menwajibkan begi setiap blogger mempunyai lesen untuk berblog. Hal ini secara tidak langsung menyokong profession dan kerjaya sebagai blogger sebagai satu bidang yang profesional (Dengan syarat lesen tu Free Of Charge!! hahaha).

Kesimpulan
Sebenarnya kedua-dua perkara alternatif di atas ini tidak perlu dilakukan kerana pihak kerajaan boleh mengetahui identiti setiap penulis dan pemilik blog/portal dengan membuat Website 'whois' pada Domain ataupun Webhosting yang digunakan. Selain itu Identiti juga boleh didapati melalui pencarian "Internet Service Provider (ISP) Tracker" yang kerap digunakan oleh Admin. Malahan terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan.

Quotes : "Kerana nila setitik, habis jahanam sebelanga susu"

Pendapat anda pula bagaimana?





Sumber Rujukan : Berita Harian Online
Tags : Syarat Baru Untuk Pemilik Blog dan Portal, Isu Blogger Hantu, Syarat baru Blogger, Syarat Baru Pemilik Blog, Blogger Baru, Syarat kerajaan bagi blogger,

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved