Apa itu Seni Reka Grafik ?
Seni
Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang
menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui
komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan
menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan
bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit
majalah, laman web, brosur dan sebagainya.
Diploma
Seni reka Grafik (Graphic Design)
menggabungkan kreativiti dan konsep di dalam bidang industri rekaan
grafik yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan memperolehi
pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk mengaplikasikan pembelajaran
yang dipelajari dari subjek-subjek berbentuk teori dan prinsip rekaan,
teknik lukisan dan ilustrasi, kemahiran mengendalikan perisian komputer,
pengembangan idea, konsep rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam
seni reka grafik.
Diploma Seni Reka Grafik berkomputer (Computer Graphic Design) sesuai bagi:-
Mereka yang berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri
Berkemampuan untuk menggabungkna kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik
Berkemampuan
untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka
yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari
teknik lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan
konsep sehinga ke lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori
seperti elemen asas rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi,
teori warna dan taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan
rekaan grafik yang sejajar dengan kehendak industri.
Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan
pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan
dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan
menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk
menghasilkan hasil kerja grafik.
Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan
memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran,
membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan,
peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu
proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan
penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan
menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan
efektif di dalam sesuatu penerbitan.
Rekaan Korporat
Mempelajari
tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum
dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen
penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk
menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa
syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem
identiti korporat mereka.
Prospek Kerjaya
Graduan bereluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Angensi Pengiklanan
- Syarikat Penerbitan
- Syarikat komputer animasi
- Syarikat produksi media baru (New Media)
- Rekaan editorial
- Agensi Penyiaran
- Agensi Kerajaan
- Syarikat pengurus acara (event management) dan pameran (exhibition)
Peluang pekerjaan sebagai:
- Pereka Grafik dan Multimedia
- Jurufoto
- Visualiser dan illustrator
- Perancang Media
- Artis papan cerita
- Pereka Laman Web
- Pereka Grafik Berkomputer
- Illustrator
- Pereka Animasi
- Pereka Dalaman Syarikat