Harry Potter - Golden Snitch

Tutorial - Cara letak Video You Tube Dalam Blogger Blog


Tutorial blog - cara masukkan video youtube

Rasanya saya tidak perlu perkenalkan lagi apa itu YouTube, laman perkongsian video seluruh dunia. Hampir semua benda yang korang nak tengok, ada dalam YouTube, lebih kurang macam google juga, tapi penerangan dalam bentuk video. Di sini, saya tidak akan mengajar cara untuk upload video ke YouTube, tapi saya akan ajarkan cara untuk masukkan video daripada YouTube ke dalam Blog korang.

you tube

YouTube merupakan sumber utama bagi blogger untuk mendapatkan video. Perkhidmatan YouTube adalah percuma dan pengguna tidak perlu membayar apa-apa untuk menggunakan servis You Tube. Oleh itu, ini merupakan pilihan terbaik bagi blogger yang ingin berkongsi video kepada pembaca.

OK. Sila ikut beberapa langkah yang mudah ini untuk memasukkan video daripada youtube ke dalam blog korang.


1. Seperti biasa, korang kena login ke dalam blogger terlebih dahulu, kemudian Create New post.

2. Korang pergi ke laman YouTube, atau klik di SINI. Dalam laman YouTube Korang carilah video apa yang korang nak dan klik pada video untuk view.


3. Dalam page video yang korang video tu, sila ikut langkah ni pula.
  • 1 Klik share
  • 2 Klik Embed
  • 3 Tentukan Saiz Video yang korang nak
  • 3* Korang boleh tentukan sais yang korang nak secara manual
  • 4 Copy URL yang diGenerate secara automatik tu, dan kembali ke blog post korang.


4. Dalam New Blog Post korang, Sila pilih HTML, kemudian paste URL YouTube yang korang copy tadi. Saya cadangkan supaya korang add URL tu di tengah-tengah tag <br /> seperti dalam gambar di bawah.


5. Sekiranya korang ingin menambah post korang, korang boleh kembali kepada Compose dan menaip semula. Tujuan sebenar tag <br /> itu tadi ialah, untuk memudahkan korang dapat perenggan baru untuk menaip post apabila kembali ke Compose. Image preview video YouTube di dalam compose adalah gelap, jadi korang janganlah terkejut kerananya.


6. Setelah selesai edit post, korang boleh hit Publish dan view Blog korang.

Done.

Di bawah ni contoh Video dari YouTube yang saya Masukkan..

Selamat Mencuba, dan Good Luck.. Senyum :D

Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog cara meletakkan video youtube kedalam post, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger

7 comments:

  1. terima kasih, anda baik sebab sudi share!

    ReplyDelete
  2. thank you khai...you r great man!visit back please.

    ReplyDelete
  3. singgah sambil follow sini! #541
    info yg sangat bagus, sha guna tutorial khai ni utk post ni http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/2013/04/in-night-garden-iggle-piggle.html

    ReplyDelete
  4. Hello Sha ^^ thanks for sharing :D

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved