Bagaimana cara untuk pendekkan URL untuk dipostkan ke dalam twitter? Pengguna Twitter memang sedia maklum bahawa mereka hanya boleh menulis sebanyak 140 aksara untuk membuat pesanan ringkas. Ia lebih kurang sama dengan SMS pada Handphone korang. Kadang kala, kita hendak menulis pesanan beserta dengan URL blog, namun URL blog yang terlalu panjang menghadkan pesanan yang boleh kita buat. Jadi, memendekkan URL merupakan satu langkah bijak untuk mengatasi masalah ini. Tutorial kali ini akan menunjukkan cara untuk memebdekkan URL post korang.
Ikuti tutorial ini untuk mengetahui cara memendekkan URL untuk dipostkan ke dalam Twitter.
1. Korang kena Sign Up ke bitly.com. Korang juga boleh menggunakan akaun Facebook ataupun Twitter untuk Log in.
2. Setelah selesai sign up, korang dah boleh pendekkan URL yang korang nak. Copy URL yang korang nak pendekkan dan paste di ruangan yang disediakan.
3. Selepas itu, Satu pop up akan muncul. Klik pada "Copy" untuk copy URL yang telah dipendekkan dan "Share" sekiranya korang nak share.
4. Korang juga boleh mengetahui jumlah klik pada link yang korang telah share ke dalam Twitter korang dengan melihat pada menu Stats.
5. Siap ^^
Nota : Korang juga boleh menggunakan Tiny.cc ataupun ShortURL.com untuk pendekkan URL.
Selamat mencuba dan semoga berjaya ^^
Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara pendekkan URL, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!