Harry Potter - Golden Snitch

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012


Shila Amzah Juara AsianWave 2012

Penyanyi sensasi Malaysia, Shila Amzah telah memenangi pertandingan menyanyi seluruh Asia, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China (20 September 2012). Shila Hamzah yang juga merupakan anak kepada seorang penyanyi veteran, ND Lala telah berjaya memukau penonton-penonton serta juri, Eric Moo, seorang penyanyi dan komposer terkenal di China.

Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pada pusingan kedua, lagu dari penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu “ Forever Love” dinyanyikan. Penampilan Shila yang bertudung tidak menghalang Shila untuk memukau juri-juri dan jutaan penonton yang hadir dalam pertandingan yang diadakan di Shanghai, China tersebut.

Shila Amzah telah berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai pertandingan nyanyian seluruh Asia, AsianWave 2012. Festival muzik Asian Wave mempertaruhkan hampir 30 peserta dari seluruh Asia termasuk penyanyi-penyanyi popular dari negara-negara seperti China, Jepun, India, Korea Thailand, dan beberapa negara yang lain.

Persembahan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang mengikuti program ini. Malah, salah seorang juri pertandingan ini iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan nyanyiannya itu.

Kejayaan Shila meraih kejuaraan itu membolehkannya memperoleh dana bernilai lebih dari RM1juta, merangkumi rakaman album, konsert dan promosi untuk penyanyi itu di China. 

Video di bawah merupakan rakaman nyanyian Shila Amzah dalam pertandingan AsianWave 2012 di Shanghai, China. (Sila ke video terakhir untuk menonton keseluruhan video yang telah digabungkan)

Shila Amzah - Gemilang (Jaclyn Victor) AsianWave 2012



Shila  Amzah  -  Grenade  (Bruno Mars)  AsianWave 2012



Shila Amzah - 征服(Zheng Fu)-那英(Na Ying) AsianWave 2012



Shila Amzah - All performance Semi and Final AsianWave 2012



Laporan Asal - The Malaysian Insider | Utusan.com.my

Tags: Shila Amzah, Asian Wave, Juara Asian Wave 2012, Asian Wave Finalist 2012, Shila Amzah  - Grenade, Shila Amzah - Gemilang, Shila Amzah - 征服(Zheng Fu)-那英(Na Ying), Artis Malaysia, Shila Amzah - Forever Love, Shila Amzah - Set Fire To The Raon

4 comments:

  1. congrate to shila..naz pun dah tgk semua yg dia nyanyi.. memang best lah.. after this shila akan lebih terkenal di mata dunia.. rezeki shila :)

    ReplyDelete
  2. we as malaysian are very2 proud of u sweetie

    congratulations......

    ReplyDelete
  3. Suara Shila memang power~ Lawan dalam AsianWave tu pun bukan calang2, Artis Popular dari negara-negara Asia :)

    ReplyDelete
  4. dasyat dia nih..anyway,dtg membalas kunjungan dan follow..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved