Harry Potter - Golden Snitch

Konflik Antara Cinta Dan Wang - My Story


Konflik Antara Cinta Dan Wang

Hakikatnya, kita tidak mampu untuk memiliki segala-galanya dalam kehidupan ini. Kita seharusnya tahu keutamaan kita masing-masing. Saya telah melihat dan membaca bagaimana kebanyakan orang menyenaraikan keutamaan mereka, dan di antara banyak perkara, tanpa disedari, Cinta dan Karier berada di tempat yang pertama ataupun yang kedua.

Karier membantu kita untuk menjana kewangan, membantu untuk membeli rumah impian, kereta, pakaian, gadgets dan aksesori, tidak lupa juga yang paling penting iaitu makanan. Cinta, sebaliknya lebih merujuk kepada sudut emosi diri masing-masing. Atas sebap-sebap tertentu, Cinta merupakan suatu yang sangat penting, perlu ada untuk memenuhi kehendak peribadi. Namun, Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya konflik antara Cinta dan Wang? Mana satukan yang akan menjadi keutamaan apabila tidak mampu untuk miliki kedua-duanya pada masa yang sama?

Soalan ini sentiasa bermain dalam minda, dan telah berlegar-legar dalam pemikiran sejak akhir-akhir ini. Sememangnya, ia adalah sukar untuk memilih satu diantara kedua-duanya kerana selama ini saya fikirkan kepentingan mereka adalah sama penting. Kini saya sedar, kepentingan di antara Cinta dan Karier berubah mengikut arus peningkatan usia. Perubahan sedikit demi sedikit menjadi matang setiap tahun, Cinta dirasakan lebih ringan daripada Wang.

Konflik Antara Cinta Dan Wang


Di sini Khai ingin menceritakan secara ringkas serba sedikit kisah hidup seorang rakan Khai, Avii (Bukan nama sebenar) untuk menjelaskan dengan lebih lanjut perbincangan mengenai konflik antara cinta dan wang ini.

Pada umur remaja, antara 15-21 tahun, Avii merupakan seorang yang sangat mengidamkan cinta seorang lelaki. Tidak dapat tidur tanpa memikirkan jejaka idamannya. Tidak dapat melihat dirinya melakukan perkara yang dilakukannya tanpa memikirkan apa reaksi lelaki yang mencuri hatinya. Dalam peringkat umur ini, Cinta lebih penting jika dibandingkan dengan wang. 

Tempoh kematangan Avii bermula setelah mencapai umur 22-25. Dia telah mula memikirkan tanggungjawap terhadap keluarga, adik beradik dan orang sekelilingnya. Namun, cinta masih menjadi keperluan, yang mendorongnya untuk terus berjaya dalam pengajiannya. Avii juga menyedari kepentingan wang untuk meneruskan perjalanan hidup, membantu keluarga, adik beradik dan juga perbelanjaan diri sendiri. Dalam peringkat ini, Cinta dan Wang adalah sama penting.

Sekarang, Avii telah mencapai umur 26 tahun, dan berasa kecewa kerana impian yang selama ini di agung-agungkan hampir pupus. Avii segera bertindak, berusaha untuk berada di landasan asal mengejar impiannya. Gaya kerja telah berubah, berjam-jam di pejabat, mengambil beberapa kerja sampingan lain, masa rehat menjadi singkat, kurang masa untuk keluar bersama dengan rakan-rakan dan banyak lagi, untuk memastikan dia mempunyai rumah, kereta, wang simpanan. Manakah cinta berada? ianya tidak kelihatan, malah tidak tersenaraipun dalam keperluan harian. Dalam Peringkat ini Wang mengatasi Cinta dari segi kepentingan, bukan setakat itu sahaja, malah ia perlahan-lahan menolak Cinta pergi.

Tamat cerita mengenai Avii :)

Konflik Antara Cinta Dan Wang

Kini berbalik semula kepada persoalan sebelumnya, Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya konflik antara Cinta dan Wang? Mana satukan yang akan menjadi keutamaan apabila tidak mampu untuk miliki kedua-duanya pada masa yang sama?

Besar kemungkinan jawapan yang akan korang bagi adalah sama dengan jawapan Khai iaitu wang. Korang setuju? Tak Setuju? Tak apa.. Setuju atau tidak setuju, korang boleh tinggalkan komen di bawah ^^

Peace~ and Smile :)


Random Quote : Now that money comes first. Where is the love?..(It goes to money la u dumb :D - Troll)

9 comments:

  1. Cinta & Karier harus seiringan barulah hidup bahagia.

    Harus diingat, pengganggu sebuah Cinta atau Karier selalunya adalah Orang Ketiga.

    Jika mau, katakan mau. Jika tak nak, katakan bye-bye. Jangan bermain teka-teki :(

    ReplyDelete
  2. @Datin Pirana Biasanya kehadiran orang ketiga inilah yang menguji sekuat mana sebuah Cinta itu.. :)

    ReplyDelete
  3. Flexibility. Di mana kita harus memilih bergantung kepada di mana situasi kita pada waktu itu. Memang kadang-kadang kita harus lebih praktikal di dalam hidup.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Hi Khai..

    Wow.. this is so much touching! Well, Money for sure is important.. but love does important as well.. If me Avii.. I'll do the same thing >>> Remember this, Money is evrything, but evrything need money

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction to the quote > Money is not everything, but everything need money .... Peace

      Delete
  6. @Abieey Angel.. Thats true.. Wang bukan segala-galanya.. Namun Zaman skarang ni, Segala-galanya perlu wang.. x boleh Keluar dari pintu rumah tanpanya (Even dalam rumah ja pun perlu Wang) $_$..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam khai...wang menjd keutamaanku..duit adalah segala galanya bagiku.. cinta bkn segala galanya kerna cinta tidak semestinya membw kebahagiaan...

      Delete
  7. @Carol :D bahagia adalah terlalu abstrak untuk diterangkn. Namun, dalam zaman yang serba moden ini, tanpa wang, kebahagiaan tidak boleh dicapai..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved