Harry Potter - Golden Snitch

Perubahan Trend Umur Untuk Bersara


Bagaimanakah Pendapatan Mempengaruhi Rancangan Untuk Bersara?


Terima kasih kepada insentif pencen. Ia memberikan duit poket yang percuma kepada sesiapa yang bersara dengan pencen. Namun berapa ramaikah orang yang mendapat pencen? Adakah pencen yang diperolehi cukup? dalam kes di negara Malaysia ramai pesara akan sambung bekerja selepas umur persaraan mereka. Segelintir daripada mereka menjadi angota keselamatan (Security) dan lainnya pula menjadi pemandu teksi sebagai contoh, hal ini memang sudah menjadi kebiasaan.

KWSP pula merupakan simpanan wang pekerja bagi kebanyakan pekerja swasta dan segelintir penjawat awam si Malaysia. Terdapat juga pekerja yang mahu bersara awal untuk mendapatkan keluruhan wang KWSP mereka untuk membuka perniagaan sendiri mahupun melakukan pelaburan. Namun kebanyakkannya, menunggu sehingga bersara untuk mendapatkannya. Persoalan yang sama, Adakah wang KWSP itu mencukupi untuk hidup dalam 20tahun lagi? 

Kebanyakan penganggur tidak mempunyai rancangan masa depan yang teratur. Ianya memang sukar untuk merancang masa depan tanpa mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Dalam kes di Negara Malaysia, Kadar pengangguran di Malaysia setakat ini adalah 3.0% boleh dikatakan diantara kadar pengangguran yang rendah berbanding dengan negara-negara yang lain. Manakala 65.1% pula sedang bekerja samaada sepenuh masa ataupun separuh masa, dan 31.9% pula adalah terlalu muda/tua, ataupun tidak boleh bekerja atas sebap-sebap tertentu. (Sumber)

Menurut SurverCompare pula, ia menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja sepenuh masa tidak yakin untuk bersara lebih awal berbanding dengan yang bekerja separuh masa, dan mereka lebih tidak yakin jika dibandingkan dengan responden yang menganggur.

Satu hal yang mengejutkan pula, Pekerja yang berpendapatan tinggi - mereka yang berkebolehan untuk bersara lebih awal - tidak mempunyai niat untuk bersara.


Mengapa Terdapat orang yang tidak mahu bersara?


SurveyCompare mendapati bahawa, 41.5% Teruskan bekerja atas sebap kewangan. 25% tidak bercadang untuk bersara atas sebap-sebap peribadi termasuklah pelaburan keluarga. Sekitar 10% bagi setiap sebab-sebab berikut: interaksi sosial, untuk meneruskan kemahiran mereka, atau untuk mengelakkan genangan peribadi.  Melalui data ini, kita boleh dapati bahawa, lebih ramai orang yang menganggap bahawa persaraan merupakan satu kebimbangan mereka bukan sebagi keselamatan.


Lebih ramai Wanita yang tidak pasti berbanding Lelaki (Setakat ini)


Kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare memdedahkan bahawa terdapat perbezaan di antara jantina terhadap apa yang mereka harapkan di masa hadapan : Wanita dikatakan kurang berminat berbanding dengan lelaki yang menjangkakan mereka akan bersara pada umur persaraan. Menurut SurveyCompare 24% lelaki setuju untuk bersara pada umur persaraan, manakala wanita hanya 18.9%. Berapa ramai pekerja yang masih belum pasti bila masa untuk mereka bersara? 32.4% antaranya adalah lelaki, manakala wanita sebanyak 41.6%. ( Kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare - Apakah yang dirasakan oleh modern Britain mengenai Persaraan, melalui interview 2000 responden dari pelbagai peringkat umur)

Nota : Kajian yang Dijalankan oleh SurveyCompare dijalankan di Britain. Artikel ini hanya mengambil idea daripada kajian tersebut.

Sila rujuk InfoGrafik Di Bawah untuk Penerangan yang lebih Menarik mengenai kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare.


Laporan Asal : SurveyCompare.net

1 comment:

  1. hey!kite blogwalking! btw,jom join kontes ni!hadiah lumayan tau!jangan lupa!!

    http://eppy25.blogspot.com/2012/10/ga-first-give-away-by-ftnjwablogspotcom.html

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved