Harry Potter - Golden Snitch

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Belajar Bermain Gitar - 7 Tips Belajar Bermain Gitar



Untuk belajar bermain gitar sudah tentulah anda kena mengenali kod-kod asas gitar terlebih dahulu - Klik Sini untuk mendapat kan info mengenai kod asas gitar. Tanpa membuat huraian yang panjang lebar, jom baca tips di bawah untuk anda mendapatkan tips belajar bermain gitar.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Belajar Bermain Gitar? - Tips Belajar Bermain Gitar

1. Komitmen mesti tinggi - Untuk belajar bermain gitar, ia tidaklah semudah yang korang anda sangkakan. Ramai di luar sana yang ingin belajar bermain gitar berhenti di tengah-tengah jalan kerana komitmen yang tak cukup kuat. Untuk ini, anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai gitar sendiri (gitar murah pun tak apa yang penting ada) untuk memudahkan anda belajar.

2. Pilih 1 lagu yang nak dipelajari - Untuk belajar bermain gitar, pemilihan lagu yang nak dipelajari adalah sangat penting. Saya cadangkan untuk memilih lagu yang anda minati dan hafal untuk memudahkan anda. Lagu yang dipilih tu hendaklah bersesuaian dengan kemahiran anda yang sedia ada. Kalau anda baru sahaja bermula untuk belajar bermain gitar, pilih lagu yang mempunyai irama yang simple.

3. Dengar lagu yang dipilih sekurang-kurangnya 5 hingga 8 kali (atau lebih) - Ini membolehkan anda menangkap dan mengingati melodi lagu tersebut dan juga membolehkan anda mengenalpasti cara petikan yang sesuai untuk lagu tersebut.

4. Cari kod lagu - Selepas melakukan 3 perkara yang saya sebutkan tadi barulah korang mencari kod lagu yang anda nak pelajari. Sekiranya anda tak boleh cari kod sendiri, anda boleh dapatkannya melalui Mr. Google ataupun daripada rakan-rakan.

5. Berlatih secara praktikal -  Hah~ bahagian ini sangat penting. Anda tidak boleh belajar bermain gitar kalau tak pegang gitar tu sendiri. Sekiranya anda berlatih dengan rakan, pastikan anda mengalami sendiri cara tekan kod dan cara petikan gitar. Pada awalnya saya pasti kod yang ditekan, ada yang tak mengeluarkan bunyi. Jangan putus asa, "Practice make perfect", ini sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang baru belajar.

6. Praktis berulang kali sehingga puas hati. Setelah anda mengetahui kod lagu, melodi dan cara petikan gitar untuk lagu yang anda pilih, anda mestilah berlatih dengan berulang-ulang kali. Sebagai peringatan, jangan bermain gitar sambil menyanyi sehinggalah anda betul-betul menguasai kod dan cara petikan gitar untuk permulaannya.

7. Dah pandai petikan kod dan melodi lagu pada gitar? Sekarang barulah anda boleh mula bermain sambil menyanyi. :)

Ok, setakat itu sahaja Tips bermain gitar dari Khai. Diharap ini sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk belajar bermain gitar dengan lebih mudah. :)

Peace and out!~


Tags: Belajar bermain gitar, Cara bermain gitar, Tips belajar main gitar, Tips main gitar, Bermain gitar, Tutorial belajar bermain gitar

Tutorial Blog

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Apa yang berlaku dalam naruto Chapter 632? pandangan dan ulasan Naruto chapter 632 review Bahasa Melayu.

Kita dibawa kembali kepada Naruto bersama dengan rakan-rakannya. Sedikit melucukan semasa Kiba turut menyuarakan hasratnya untuk menjadi Hokage, namun Shino dan rakan-rakan yang lain tidak menghiraukannya. Jugo menyedari perubahan Sasuke yang aneh baginya dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya difikirkan oleh Sasuke.

Sekarang Jubii melepaskan satu lagi Bijudama, tetapi ia tidak mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan yang dibuat oleh para Hokage. Adakah ia mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan itu sekiranya berada dalam transformasi yang terakhir?

Hashirama kemudiannya membuat beberapa klon. Dia menghantar klon-klon nya untuk membuka pintu kepada para shinobi untuk menyerang Juubi. Salah satu klon Harashima dihantar untuk bertarung dengan Madara, tetapi Madara menolak dan berkeras ingin bertarung dengan yang original (sambil duduk dengan selamba).

Seterusnya, para shinobi memasuki jaringan perlindungan untuk menyerang Jubii. Tanpa disangkakan, Jubii mempunyai kebolehan untuk membahagikan dirinya kepada banyak klon yang kecil. Shinobi telah memulakan serangan tetapi kita dibawa kepada Sakura dengan sedikit flashback mengenai dirinya yang ingin berada pada tahap kekuatan yang sama dengan Sasuke dan Naruto. Di sini juga, kita telah mendapat tahu bahawa Sakura telah berjaya untuk menguasai dan menyimpan chakra, sama seperti Tsunade dan mengenakan satu tumbukan yang sangat kuat kepada klon Jubii.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto kelihatan pucat dan berjanji untuk tidak lagi membuatkan Sakura marah manakala Sasuke kelihatan kagum dengan kekuatan Sakura.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Harashima turut berasa kagum dan kekuatan yang ada pada Sakura mengingatkannya kepada Tsunade. Penghujung chapter, kita melihat Sakura yang hampir diserang oleh klon Jubii, tetapi Sasuke dan naruto datang untuk menyelamatkannya. Sekali lagi, kita telah mendapat calon Hokage yang seterusnya. Sakura juga mengidamkan kerusi Hokage. Tamat cerita Naruto chapter 632.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Antara Yang Menarik
1st   - Perkembangan karekter yang yangat menarik, melihatkan watak-watak utama ditonjolkan. Ia tidak hanya tertumpu kepada Naruto dan Sasuke, malah Sakura turut mendapat perhatian.

2nd  - Tumbukan sakura yang epic antara yang menarik dalam chapter ni.

Tak Menarik
1st   - Membaca Flash back Sakura membuatkan saya sedikit kecewa. Kita tidak sepatutnya diberi benda yang kita dah lihat sebelumya. Sepatutnya mmenunjukkan lebih banyak benda baru.

2nd  - Para Hokage sepatutnya boleh membuat lebih daripada jaringan perlindungan untuk mengurung Jubii sahaja. Saya menjangkakan sesuatu yang hebat akan berlaku dan kekuatan Tobirama dan Hiruzen ditunjukkan serta beberapa nnjutsu daripada Minato, tetapi tidak. Hopefully kita boleh melihatnya dalam chapter yang seterusnya.

Persoalan
1. Apakah yang terjadi pada kakashi dan obito sekarang?
2. Adakah kita akan diperlihatkan dengan kekuatan sebenar para Hokage?


Quotes
1. Sakura : "I was always walking behind... I hate that and decided that the next timei will showthemmy back"
2. Harashima : "What a monster, that might be worst than Tsunade"

Rating
Saya beri 3.5/5. Walaupun keseluruhan cerita agak menarik tetapi saya kecewa dengan flashback Sakura dan juga para Hokage yang tidak menunjukkan kekuatan mereka.


Next Chapter Review : Naruto Chapter 633 "Going Foward"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion


Tags: Baca Naruto 633 Bahasa Melayu, Naruto 633 Manga, Naruto 633 online, Naruto 633 chap, Naruto 633 chapter, Naruto 633 Review, Naruto 633 Manga Review, Read Naruto 633, Naruto 633

Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Cara Masukkan Video YouTube AutoPlay Ke Dalam Post Ataupun Sidebar Blog - Tutorial Blog



Dalam tutorial kali ni, Khai nak ajar anda cara masukkan video Youtube Autoplay ke dalam blog post ataupun sidebar blog anda. Bagaimana cara untuk memasang Video Youtube autoplay ke dalam blog? Ini merupakan soalan yang selalu ditanya. Sekiranya anda masukkan kod "default embeded youtube" video tu takkan autoplay selagi anda tidak menekan button start. Sekiranya anda nak video tu bermain dengan sendiri apabila ada orang melawat ke dalam blog ataupun melawat post tertentu, anda hanya perlu tambahkan sedikit kod yang simple. Caranya adalah mudah, anda hanya perlu mengikuti tutorial ni.

Cara Masukkan Video YouTube AutoPlay Ke Dalam Post Ataupun Sidebar Blog - Tutorial Blog

YouTube mempunyai "newer embed code" dan juga "old embed code" saya akan menunjukkan kedua-duanya sekali. Anda boleh melihat, dalam kedua-dua kod yang saya berikan, saya telah tambahlan ;&autoplay=1

1. Newer Youtube Embed code

Secara default, Sekiranya kita klik pada Share > Embed dalam Youtube, kita akan diberikan New Youtube Embed Code. Untuk membuatkan video autoplay, letakkan kod ;&autoplay=1 selepas URL video dalam kod yang diberikan.


<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/0BtEfg-9bmE;&autoplay=1" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Sekiranya cara ini tidak berjaya, sila ikut cara yang kedua di bawah.

2. Old Youtube Embed Code



Cara untuk mendapatkan kod :

Pertama sekali anda perlu cari Video Youtube yang korang nak letak. Selepas itu anda ikut langkah ni :
1. Klik pada "Share"
2. Klik pada "Embed"
3. Tandakan ruangan pada "Use old embed code"
4. Copy Kod yang diberikan.

Paste kod yang anda copy sebentar tadi dan letakkan ke dalam "HTML blog post editor" ataupun HTML/Javascript

Contoh Kod Sebelum Pengubahsuaian :


<object width="420" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/0BtEfg-9bmE?hl=en_US&amp;version=3"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/0BtEfg-9bmE?hl=en_US&amp;version=3" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


Customization :

1. Masukkan kod ;&autoplay=1 selepas kod version=3
2. Tukarkah nilai pada 'width' untuk lebar video
3. Tukarkan nilai pada 'height' untuk tinggi video

Contoh Kod Selepas Diubahsuai :


<object height="315" width="420"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/0BtEfg-9bmE?hl=en_US&amp;version=3;&autoplay=1"></param>
<param name="allowFullScreen" value="true"></param>
<param name="allowscriptaccess" value="always"></param>
<embed src="http://www.youtube.com/v/0BtEfg-9bmE?hl=en_US&amp;version=3;&autoplay=1" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object></center>


Masukkan Video Youtube Autoplay ke dalam blog post

Untuk masukkan video Youtube autoplay ke dalam blog post anda hanya perlu letakkan Kod Embeded youtube player yang anda telah edit (dah tambahkan ;&autoplay=1) ke dalam "Blogger Post Editor". Tak tahu? anda boleh Klik Sini untuk megetahui cara masukkan video youtube ke dalam blog.

Masukkan video Youtube Autoplay ke dalam Sidebar/widget

Ikut langkah ni:
Login ke Blogger dashboard > Layout > add new widget > Pilih HTML/JavaScript kemudian paste Kod Embeded youtube player yang anda telah edit (tambahkan &autoplay=1).

Video di bawah ni merupakan contoh Video Autoplay Youtube dalam Post.


Selamat Mencuba :)

Note: Cara ini diubahsuai sendiri oleh saya, sekiranya anda nak re-post tutorial ni sila beri credit Thanks ya! :). Anda takkan rugi, Back link terbanyak akan tersenarai dalam Bloglist Khaiangel.

Tags: Video Youtube Autoplay, Cara Masukkan Video Youtube Autoplay Ke Dalam Blog, Youtube Autoplay, Video Youtube Autoplay, Video Youtube Autoplay Dalam Blog
Tutorial Blog

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu



Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Satu chapter yang awesome "Team 7" reunite. Naruto chapter 631 Review~

Seperti yang dijangkakan, Sakura terkejut melihat Minato, namun dia tidak terkejut untuk mengetahui fakta bahawa Minato adalah bapa Naruto (hanya terkejut ketibaannya yang datang secara tiba-tiba). Minato menguruskan serangan Juubi sama seperti dia melakukannya terhadap Kyuubi bijuu dama dalam chapter yang terdahulu.

Kita mendapat page yang pastinya membuatkan Naru+Saku fans jatuh dari kerusi mereka.YA 4th hokage bertanyakan kepada sakura adakan dia merupakan Girlfriend Naruto?? Naruto yang dengan selambanya menjawap "YEAH!" kena pukulan tahap Gaban Sakura, menyebabkan Minato teringatkan akan Kushina. Berikutannya, kita mengetahui sebap mengapa Naruto tidak terkejut dengan keadiran bapanya, kerana dia telah mengetahui kehadiran chakra para Hokage melalui derianya sewaktu dalam keadaan Kyuubi..

Seterusnya, Kita boleh melihat kehadiran Hokage-hokage lain yang sedikit lewat. Tobirama Senju mengakui jutsu teleport Minato jauh lebih baik daripada yang dimilikinya. Tentu sekali keadaan ini membuatkan banyak mulut yang ternganga. (Mungkin sekali terkeluar segala bau-bauan harum semerbak -- bayangkan mereka tak berus gigi selama berhari-hari, dan membuka mulut pada masa yang sama, hahaha). Madara yang terlihat Harishima menjadi sangat exited kerana terjumpa seteru ketatnya. Harashima tidak mempedulikannya dan bertekad untuk menguruskan Juubi sebelum dia bermain dengan Madara.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Suprise yang seterusnya pula; dalam beberapa minggu lepas, banyak  fans telah meramalkan bahawa Minato akan memberi separuh lagi kekuatan chakra Kyubii yang tersimpan dalam dirinya kepada naruto, tetapi mereka SALAH. Dia menggunakannya sendiri untuk memasuki Kyuubi Mode (Like father Like son) Dalam mode ini, dia memang mirip seakan-akan Naruto dan keadaan ini membuatkan cerita dalam chapter ini lebih menarik.

Seterusnya, kita dapat melihat keempat-empat Hokage melakukan beberapa combo -"Formation Of The 4 Red Suns". Saya tidak pasti bagaimana mereka semua mengetahui cara untuk membuat benda ni (mereka tak pernah berjumpa -- kecuali 3rd dan 4th), tapi yang pastinya mereka adalah Hokage yang penuh dengan kejutan. Harishima yang berada dalam Sage mode membolehkannya menggunakan seal Rikudou sama seperti seal yang digunakan Naruto untuk mengurung Kyubii suatu ketika dahulu. Sejurus selepas mereka berjaya membuat seal tersebut, Kta dikejutkan ladi dengan kehadiran Taka dalam scene. Walaupun kehadiran Suigetsu dan karin tiada kelihatan dalam scene, kita just pretend yang mereka pun ada di sana :D.

Sakura dengan mata yang terbeliak, sangat terkejut dengan kehadiran Sasuke dan memangil namanya secara  spontan. Sasuke memang sangat hebat dan cool dengan wataknya. Semua rakan-rakan yang sebaya memandangnya dengan penuh Negatif (Kecuali INO yang terus menerpa ke arah Sasuke).. Satu kata-kata Sasuke yang sememangnya berada di luar jangkaan; dia ingin melindungi kampung dan juga ingin menjadi Hokage!! dia ingin memperbetulkan segala kesilapan Uchiha dan ingin memperbetulkan keadaan. Sasuke ingin menjadi Hokage?? dengan semua kekacauan yang dilakukan oleh Sasuke selama ini Kiba dengan lantangnya menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu

Naruto pula tidak bersetuju dengan Sasuke, kerana dialah yang dari awal lagi dan sepatutnya menjadi Hokage. Kemudia terdapat reflex mengenai kata-kata Itachi bahawa Hokage merupakan seorang yang diiktiraf oleh semua orang-- dalam keadaan Sasuke sekarang dia langsung tidak layak. Dengan Naruto dan Sasuke yang sama-sama mengejar gelaran Hokage jalan cerita akan menjadi lebih rumit dan menarik. Tetapi Naruto percaya dia boleh menyelesaikan masalah ini. Adakah ini bermaksud mreka akan bertarung untuk gelaran Hkage?? Ini mungkin akan berlaku. Pastinya pertarungan antara Naruto dan Sasuke akan berlaku juga akhirnya.

Harishima memarahi mereka kerana berlengah-lengah. Naruto mahu bersendirian dengan Sasuke dalam pertarungan ini, dan mengerahkan Sakura untuk berehat. Tetapi adakah dia terfikir bahawa Sakura akan berdiam diri? Kehadiran Sasuke yang menyempurnakan Team 7 menyemarakkan lagi semangat berjuang Sakura yang juga merupakan anak murid kepada Sannin lagenda. Dengan ini, Team 7 telah bersatu kembali, seperti yang dicadangkan oleh title chapter ni. Tamat cerita Naturo chapter 631.

Antara Yang menarik
1st  - Sangat banyak perkara yang menarik berlaku. Sepertiyang dijangkakan, para Hokage kesemuanya telah tiba bersama dengan Team Sasuke.

2nd  - Minato dalam keadaan Kyubii mode, ini berada di luar jangkaan dan merupakan babak yang hebat.

3rd  - Sasuke bertekad mahu menjadi Hokage. Ini pun di luar jangkaan, selama ini kita dapat tahu yang Sasuke ingin menghancurkan Konoha. Good to know, yang sasuke pilih untuk melindungi Konoha dan ingin menjadi Hokage.

4th  - Dipendekkan~ Keseluruhan scene dalam chapter ni adalah sangat menarik.

Tak Menarik
1st  - Mungkin ada orang yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai hal Kakashi dan Obito, but WHO CARES!? haha

Persoalan
1st  - Apakah reaksi para Shinobi apabila ketibaah Orochimaru nanti?

2nd -  Kesemua bekas Hokage telah berkumpul, eh terlupa ada satu Hokage yang belum tiba. Adakah Tsunade serta ketua-ketua yang lain akan bangkit untuk menyertai semula medan peperangan??

Quotes
Sasuke: "Many things Happened but I decided to protect the village and... will become Hokage"
Kiba: "Yeah right, a long time nukenin suddenly showed up and starts saying jokes!!"

Naruto 631 Review Bahasa Melayu

Rating
Secara keseluruhannya, ia merupakan satu chapter yang awesome dan pehun dengan kejutan. Saya rate Chapter ni 10/10. P/S: If korang ambil perhatian, reaksi wajah character dalam cerita ni sangat Lawak! hehe~


Manakan Scene yang menjadi kegemaran korang dalam Naruto chapter 631? Thanks for your comment :D


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Khai buat Review mengenai Naruto? Dan ya, memang ada yang dah pun bertanya :D

Jawapannya :
1. Review naruto sebagai latihan untuk mengembangkan gaya penulisan
2. Saya merupakan Die Hard Fan Naruto Manga + Anime
3. Membuatkan otak berfikir secara kritikal untuk menterjemah gambar kepada text. banyak berfikir boleh menajamkan minda :) tak gitu? hehehe, ok Bai~


Next Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 630 "What can fill a hole"


Tags: Baca Naruto 632 Bahasa Melayu, Naruto 632 Manga, Naruto 632 online, Naruto 632 chap, Naruto 632 chapter, Naruto 632 Review, Naruto 632 Manga Review, Read Naruto 632, Naruto 632
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Blog Berwajah Baru Sebagai Titik Permulaan Menjadi Blog Designer

Blog Berwajah Baru Sebagai Titik Permulaan Menjadi Blog Designer
Hello hello,

Dalam entry yang lepas, Khai telah bercerita mengenai buat design untuk seorang blogger baru. Ini telah membuka hati saya untuk membantu lebih ramai blogger baru di luar sana yang ingin mendapatkan perkhidmatan design template blogger blog.

Ya! Khaiangel (Dot) Com berwajah baru lagi. Saya telah meluangkan beberapa jam bermain dengan Photoshop dan juga CSS pada blog untuk mendalami lagi pengetahuan tentang cara design template blog dan editing gambar. Bermain dengan photoshop memang menyeronokan (Kalau korang tahu apa yang nak dibuat) hahaha.

Menjadi blog designer, boleh dikatakan mencabar. Di samping mempunyai pengetahuan mengenai kod-kod CSS dan HTML/Javascript, mempelajari cara untuk design gambar sama ada banner, logo, background, doodles dan gambar animasi adalah sangat penting. So, challange accepted.. Khai pun nak ceburi bidang ni, hehehe. Banner di bawah merupakan banner pertama yang saya buat menggunakan Photoshop CS4.

Blog Berwajah Baru Sebagai Titik Permulaan Menjadi Blog Designer
Untuk melihat Blog pertama yang Khai design (Simple Design) boleh klik SINI.
Untuk membuat tempahan perkhidmatan design template pada blog ikut cara ni :
1. Klik Like pada FaceBook Page KhaiAngeL(Dot)Com
2. Hantarkan Message untuk membuat tempahan.
*Terma dan Syarat akan diberitahu kemudian

Saya hanya menyediakan perkhidmatan design blog untuk blogger baru sahaja, tetapi if ada blogger lama yang nak, saya sangat dialu-alukan. Hehehe, ok bai~


Tutorial Blog

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Rumusan

Dalam chapter ni, kita di bawa kembali ke bahagian di mana Kakashi dan Obito masih lagi berdebat. Lubang didada Obito masih kelihatan dan saya rasakan ini merupakah satu ilusi yang direka oleh Obito. Seterusnya, kita membaca bagaimana Obito memberitahu Kakashi yang dia tidak mempunyai apa-apa kecuali kekosongan hati yang ditanggungnya selama ini. Itulah yang membuatkannya tidak berhati perut dan tidak mempedulikan apa-apa. Obito cuba untuk memujuk Kakashi dengan memberitahu Kakasi bahawa dia juga menanggung penderitaan sama atas kematian Rin dan Obito (masa lalu). Kemudian kita dilihatkan dengan ilusi obito yang menunjukkan versi kanak-kanak Rin dan Obito, di mana bahagian yang menyedihkan ialah obito pada usia tu mengimpikan untuk menjadi Hokage. Dia juga menyatakan, segala yang diimpikan boleh tercapai dan kekosongan hati boleh diisi dalam dunia ilusi. Kakashi (like a boss) memotong ilusi tu. Dia teruskan dengan menyatakan bahawa Rin telah mati dan Obito pula masih hidup, ini tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Kakashi memberitahu Obito supaya tidak memadam memori mengenai Rin dan menghargai pergorbanan Rin menyelamatkan Kampung dengan nyawanya sebagai taruhan. 

Kita kemudiannya dibawa ke bahagian yang lain di mana Juubi sedang melakukan formasi untuk melakukan serangan. Akhirnya setelah sekian lama, kita berpeluang melihat Killer Bee kembali. Kini tiba masa untuk Killer Bee beraksi. Transformasi Juubi hanya tinggal satu langkah untuk mencapai peringkat yang terakhir. 8th Tails kemudiannya memberitahu Killer Bee bahawa mereka perlu lakukan sesuatu kerana semuanya akan berakhir sekiranya Juubi mencapai transformasinya yang terakhir. Page seterusnya melihatkan Juubi sedang menyediakan Bijuu Bomb yang tersangatlah besar. Dalam bahagian ini, saya telah menjangkakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. 10th Tail Bijuu yang sebelum ni terlihat musuhnya dalam diri Naruto, tidak dapat menahan kemarahan. Madara yang baru sahaja ingin berseronok, terpaksa menguruskan segalanya setelah ketiadaan Obito dan ini membuatkannya naik angin.

Hampir kesemua Shinobi hampir putus harapan kerana ketiadaan Chakra Naruto untuk melindungi mereka. Sakura bangkit dan memberikan semangat kepada mereka. Dia menyuruh para Shinobi untuk bersedia menghadapi serangan Juubi dengan seluruh kekuatan, sementara dia menyembuhkan keseluruhan tenaga Naruto. Ini merupakan suatu perkara baik, Sakura juga ada memberi pepatah, Sekiranya mereka nak mati, adalah lebih baik mati dalam pertempuran daripada berdiam diri sahaja. 

Shikamura kemudiannya mempunyai satu rancangan dan memberitahu Kitsuchi (dengan bantuan Ino), yang mereka perlu mendirikan Earth walls untuk memperlambatkan serangan Bijuu bomb dengan Killer Bee berada di bahagian paling belakang untuk menahannya. Kita juga dilihatkan dengan Ino yang berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan informasi daripada Shikamaru kepada keseluruhan Shinobi di medan perang tentang cara untuk membuat benteng pertahanan tersebut. Sejurus selepas informasi diberikan, Jubii melepaskan Bijuu Bomb dan Shinobi alliance dengan serentak menyediakan dinding halangan. 

Scene dibawa kembali kepada kakashi dan Obito membincangkan perkara yang sama. Obito menyanyakan bagaimana supaya kekosongan dalam hati boleh diisi kembali. Kakashi dengan selamba menjawap, dengan mencintai dan dicintai. Tambahan Kakashi, selagi tidak berputus asa, selagi itu ada peluang. Muka surat seterusnya, Bijuu Bomb melanggar dinding perlindungan dan kekuatannya yang di luar jangkaan para Shinobi. Bee yang berada di belakang dinding perlindungan tu, kelihatan tidak boleh menahan daya serangannya.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Scene kemudiannya ditarik kembali kepada Obito dan Kakashi. Obito menyangkal Kakashi dengan mengatakan bahawa dia hanya berkata kosong sahaja. Tetapi Kakashi membalas dengan memetik kata-kata Obito satu masa dahulu dengan sedikit penambahbaikan (boleh lihat pada bahagian quote). Kita seterusnya dilihatkan dengan Bijuu bomb yang tiba-tiba hilang. Semua orang terkejut! dan kelihatan sebilah Kunai dan saya pasti kita semua telah tahu apa maksudnya. 

Minato telah tiba di medan perang dan sudah pasti Hokage-hokage yang lain pun ada mengikutinya di belakang. Minato memnta maaf kerana lambat, tetapi Naruto berkata dia datang tepat pada masanya. Tamat bagi Episod ini.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Apa Yang Menarik
1st - Kita dilihatkan dengan ramai watak walaupun dalam satu chapter sahaja. Sakura menaikkan semangat Kumpulan Shinobi. Kita boleh lihat Killer Bee yang kelakar. Yang paling menarik perhatian saya ialah Shikamaru, yang boleh mengatur strategi di minit-minit yang terakhir adalah awesome dan saya sangat kagum.

2nd - Petikan daripada Kata-kata Kakashi sebagai motivasi. (ditunjukkan dalan bahagian quote)

3rd - Minato yang berjaya menghentikan serangan Bijuu menunjukkan potensi sebenar kekuatan yang ada padanya. Cara masuk ke medan perang yang epic. Raut wajah Naruto yang selamba, agaknya dia sudah menjangkakan ketibaan para Hokage dengan kuasa derianya.

4th  - Chapter seterusnya kita mempunyai peluang yang tinggi untuk melihat para previous Hokage dan Sasuke.


Tak Menarik
1st - Saya sangat berharap dapat melihat kesemua Hokage tiba dan bukan hanya seorang. Saya juga berrharap untuk melihat Sasuke berdiri di sebelah Naruto. Perkara yang kecil, tapi saya sedikit kecewa :(

Persoalan
Adakah Kakashi dan Obito akan menyambung pertarungan mereka?
Apakah Reaksi Naruto apabila dia berjumpa dengan Sasuke?

Quotes
Sakura: "If were gonna die anyway...Then it's better do die fighting then to do nothing"
Kakashi: "In the world of shinobi those who break the rules are trash, However those who don't treasure there friends are worst the trash. And the ones who don't treasure their friends feelings are even worst then that"

Rating
Saya berikan chapter ini ... 4.8/5


Apa yang korang nak lihat dalam chapter seterusnya?


Next Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 629 "Windhole"


Tags: Baca Naruto 631 Bahasa Melayu, Naruto 631 Manga, Naruto 631 Online, Naruto 631 chap, Naruto 631 chapter, Naruto 631 Review, Naruto 631 Manga Review
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Kebaikan Dan Keburukan Tema Hitam Pada Blog


Kebaikan dan keburukan tema hitam pada blog

Hello readers,

Kalau korang selalu datang sini, mesti korang perasan perubahan pada blog Khai. Ya, Post template Khaiangel.com dah bewarna putih. Khai tukar warna background atas nasihat beberapa blogger otai termasuklah Sist Akma dan beberapa lagi blogger yang lain. Pada masa akan datang, saya akan perlahan-lahan mengubah template blog ni menjadi cerah. Saya buat semua ni untuk keselesaan para pembaca yang datang singgah ke dalam blog ni.

Menurut beberapa artikel yang saya baca, rata-ratanya menyatakan bahawa blog yang bewarna hitam atau gelap adalah kurang menarik dan boleh membuatkan reader tekan butang 'X' sepantas kilat. Betul ke gitu? Hmm, saya pun masih kurang pasti dengan fakta ni, tapi yang saya tahu, blogger-blogger otai di luar sana memang jarang ada yang menggunakan template bewarna gelap. Kalau ada pun, sangatlah sedikit.

Sebelum ni pun, sebenarnya saya dah pernah bercadang untuk mengubah template layout menjadi putih, tetapi atas beberapa masalah pada template customization, maka saya takdapat buat. Terima kasih kepada feature baru dalam EDIT Template HTML, saya dah boleh tukar warna background dan font post (sebagai permulaan).

Sebelum saya akhiri post ni, saya ingin kongsikan beberapa kebaikan dan keburukan tema blog bewarna gelap. Terimalah, kebaikan dan keburukan tema blog bewarna gelap (Hitam) dari sudut pandangan saya.

Kebaikan
1. Blog nampak elegant dan creative.
2. Popular di kalangan lelaki
3. Sangat sesuai untuk blog yang menggunakan banyak Image dan gambar. Tema hitam merupakan graphic friendly. Gambar imej dan grafik sangat cantik dan mudah untuk dilihat pada background gelap.
4. Mudah untuk menonjolkan penggunaan warna dalam blog terutama sekali apabila menggunakan lighting effect.
5. Saya suka tema hitam pada blog? korang pula? (Ini pun boleh dikatakan kebaikan ke? hahaha)

Keburukan
1. Kebanyakan orang tak suka membaca blog yang mempunyai background hitam dengan font cerah.
2. Font yang bewarna putih pada background gelap menyakit mata readers. Kenapa? Kebanyakan web di luar sana adalah bewarna putih. Kalau korang sepanjang hari dah melihat web yang bewarna putih dan tiba-tiba pula nampak web yang bewarna gelap sudah pastinya membuat mata berasa janggal.
3. Less readability dan membuatkan 'bounce rate' yang tinggi. Korang pernah jumpa buku dengan background gelap dan font cerah pada setiap page?
4. Tak sesuai bagi web yang mempunyai banyak teks.
5. Blog nampak sesak dan semak dengan pengunaan warna yang pelbagai.

Kesimpulannya, sama ada kita pilih tema hitam atau putih pada blog ia adalah terpulang kepada diri sendiri. Tema blog yang bewarna gelap boleh menjadi sangat menarik sekiranya dibuat dengan creative. Namun ianya kurang sesuai bagi blog yang mempunyai teks yang banyak.



Tags: Kebaikan Dan Keburukan Tema Hitam Pada Blog, Tema Blog Hitam, Background Blog yang gelap, Background Blog, Pilihan Warna Pada Background Blog, Warna Background Blog.
Tutorial Blog

Naruto Chapter 629 "Windhole" - Review Bahasa Melayu


Rumusan

Kita dibawa kembali ke medan perang dan dilihatkan beberapa benda yang menarik. Madara mengunakan Susano'o untuk menyelamatkan dirinya daripada kuasa Juubi dan berangapan bahawa kuasa serangan Juubi dapat menghapuskan semua shinobi di sekeliling Naruto. Tetapi Naruto telah menggunakan sisa chakranya yang ada untuk menyelamatkan mereka semua. Keadaan ini merupakan sangat hebat. Halaman seterusnnya telah menarik perhatian saya. Kita boleh lihat, naruto berdiri di hadapan beserta dengan bayang-bayang semua Bijuu. Kemudian kita boleh lihat mata so6p (Sage of six pain) yang menyimpul seribu satu makna. Kemungkinan, keadaan ini berlaku kerana naruto sangatlah menyerupai Sage dan ini menjadikan Juubi 10th tail menjadi lebih ganas.

Dalam page seterusnya Kita boleh melihat bahawa 10th tail hampir mencapai bentuk terakhir dengan penambahan beberapa otot. Tetapi kelelahan yang menimpa Naruto telah menyebapkan chakra yang diberi kepada para shinobi perlahan-lahan menghilang. Selepas tu, kita akhirnya dibawa ke scene Obito dan Kakashi. Kakashi berlari meluru ke arah Obito dendan Raikiri di tangannya, namun dia terhenti sebelum mengenakannya pada sasaran. Obito kemudiannya menerangkan kenapa Kakashi teragak-agak untuk membunuhnya. Kakashi kemudiannya menjelaskan bagaimana Obito masih boleh menjadi baik dan bagaimana impian Naruto serupa dengan impian Obito yang asal. Tetapi selepas tu kita dibawa ke dalam part yang lebih menarik.

Obito tidak memulakan perang itu hanya kerana Rin, dan ini rasanya boleh membuatkan kita gembira. Kita dapat tahu apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap Rin. Rin telah diculik oleh "the hidden mist" dan dijadikan Jinchuriki kepada three tails. Kakashi cuba untuk menyelamatkannya, tetapi Rin mengarahkan Kakashi untuk membunuhnya kerana bimbang dipergunakan oleh Hidden Mist untuk menyerang Hidden Leaf. Semasa Kakashi sedang menyerang penculik yang menculik Rin, Rin telah meluru kehadapannya memyebapkan raikiki yang berada pada tangan Kakashi menembusi badan Rin. Rin telah memilih kematiannya sendiri dan Obito memang menyedari hal ni dari awal lagi. Dalam penghujung Chapter kita mendapat tahu sebap mengapa Obito memulkan peperangan, iaitu kerana sistem dalam kampung dan shinobi. Bersambung dalam chapter 630...


Naruto Chapter 629 Review Bahasa Melayu

Apa yang menarik
1st  - Saya rasakan, perkara yang yang sangat menarik kita boleh lihat dalam chapter ni ialah bahagian di mana Naruto di selubungi bayang-bayang Sage. Ini telah Menyebapkan Juubi bertindak balas dan menjadi ganas kerana dia teringatkan Sage dan so6p dalam diri Naruto.

2nd  - Ia seolah-olah, pakatan shinobi tidak mempunyai apa-apa harapan lagi tambahan pula, chakra Kyubi telah habis digunakan. Keadaan ini meningkatkan peluang kita untuk melihat peringkat di mana para Hokage yang ada bersama-sama Sasuke tiba ke medan perang.

3rd  - Rin bukan satu-satunya sebab mengapa Obito memulakan perang. Ini adalah berita baik. mengapa perlu memulakan perang atas dasar percintaan??

4th  - Kita dapat tahu sebap mengapa Kakashi bunuh Rin. Ceritanya agak masuk akal.

Tak menarik
1st  - Kita tahu bagaimana Obito mengetahui hal tentang kematian Rin dan juga punca utama dia memulakan perang.

2nd  - Lubang pada badan Obito. Saya harap ia bukan lubang plot atas sebab-sebab yang tak masuk akal.


Persoalan
Bagaimana Obito mengetahui kebenaran mengenai Rin?
Adakah Naruto akan mendapat mana-mana kuasa yang ada pada Sage?

Quotes
Obito: " You don't have to feel guilty Kakashi. This wind hole was opened by this hell of a world. "
Hinata: " Everyone let us join our forces!! "

Rating
4.5/5

Khai suka dengan chapter ni. Kalau Obito memberitau cara dia mendapat tahu mengenai Rin rating ni mungkin mecapai 5 :)


Note : My first review on Naruto. Akan bersambung dari masa ke semasa :D


Next Chapter Review : Naruto Chapter 630 "What can fill a hole"


Tags: Baca Naruto 630 Bahasa Melayu, Naruto 630 Manga, Naruto 630 online, Naruto 630 chap, Naruto 630 chapter, Naruto 630 Review, Naruto 630 Manga Review, Read Naruto 630, Naruto 630
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Belajar Bermain Gitar - Kod Asas Gitar



Hello Semua,

Dalam post kali ni, Khai share tutorial yang simple mengenai kod asas gitar. Kod asas Gitar ada 14 kesemuanya. Terbahagi kepada dua iaitu kod Major dan kod Minor. Untuk belajar bermain gitar, korang kena hafal kesemua kod asas ni dan berlatih sehingga korang boleh mendapatkan bunyi dengan betul. Setelah korang mengetahui dan menghafal kod-kod asas gitar beserta dengan cara untuk menekan kod pada gitar, korang dah boleh belajar bermain gitar dengan lancar. Pastikan setiap tali yang ditekan boleh mengeluarkan bunyi (>^_^)>

Belajar Bermain Gitar - Kod Asas Gitar
Rujuk gambar di bawah untuk penerangan grafik mengenai kedudukan jari pada gitar bagi setiap kod.

Note :
X = Bunyi pada string gitar dimatikan
O = Bunyi pada string gitar dihidupkan

Picture Source :  Freeguitarvideos.com

Tags : Belajar Bermain Gitar, Kod Asas Gitar, Kod Minor, Kod Major, Penerangan Kod Gitar Beserta Dengan Gambar, Gambar Kod Gitar, Kod Gitar
Tutorial Blog

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Salam.. Hello Hello~

Sejak beberapa minggu ni, Khai telah menerima beberapa e-mail daripada pembaca bertanyakan tentang cara untuk memulakan blog baru. Selepas berkongsi pendapat saya dengan mereka, beserta dengan beberapa tips dan idea, Saya rasa, saya ingin membantu lebih ramai lagi, daripada hanya berkongsi kepada beberapa orang sahaja. Itulah yang memberikan saya inspirasi untuk membuat post ni.

Tips asas dan idea saya untuk korang memulakan blog baru.
10 tips yang saya harapkan saya tahu sewaktu saya mula menulis blog setahun yang lepas...

Walaupun Khai baru setahun jagung, masih merasakan diri sebagai "newbie" dan perlu mempelajari banyak lagi tentang blog, tapi saya mempunyai banyak benda untuk dikongsi melalui pengalaman peribadi saya sama ada baik atau buruk. Pada awalnya apabila saya mula menulis blog, ia adalah sangat menarik dan menyeronokkan, namun ia juga kadang-kadang sangat sukar dan mengecewakan. Saya habiskan masa berjam-jam tanpa henti sehingga lewat malam semata-mata untuk mencari coding, HTML, blog template, blog design dan banyak lagi. Saya bersyukur dengan semua yang saya pelajari, dan ia adalah penting untuk membawa saya ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya tidak mempunyai mentor sewaktu memulakan blog dulu. Mungkin blog ini akan jadi lebih besar lagi kalau time tu ada orang yang berikan tunjuk ajar :). Khai harap, info ni akan membantu korang dalam perjalanan dunia blogging korang.

Sebelum korang nak mulakan blog baru, korang tanya soan ni kepada diri sendiri:
Pernahkah korang terfikir untuk membuat blog sendiri tetapi tak tahu bagaimana cara nak mula?
Adakah korang mempunyai sesuatu yang istimewa dan unik untuk dikongsikan dengan orang lain?
Pernahkah korang tertanya-tanya bagaimana blog sebenarnya boleh menjana pendapatan?

Teruskan membaca kalau korang pernah fikirkan soalan-soalan tu..
Saya berterima kasih kepada seorang rakan baik yang telah memperkenalkan blog dan memberikan inspirasi kepada Saya untuk memulakan blog. Sewaktu Khai buat blog setahun yang lepas, ia cumalah sebagai suka-suka sahaja. Sekadar ingin membuktikan yang Saya pun pandai buat blog. Pada masa tu, Khai tak tahu banyak mengenai blog, bagaimana blog boleh menjadi pengaruh yang besar dan sebanyak mana blog boleh memberikan maklumat (dan boleh menjana income :D).

Itu merupakan cerita lalu. Setahun selepas tu, saya memang sangat suka dan jatuh cinta dengan blogging. Di mana, saya boleh berkongsi segala yang terlintas dalam fikiran dan bebas untuk menulis apa sahaja selagi tidak melanggar mana-mana undang-undang. (Namun ia juga dibatasi oleh masa dan idea untuk menulis ^_^v ) Apa yang cuba saya katakan di sini ialah, sekiranya korang mempunyai sesuatu yang unik dan istimewa, ia adalah sangat baik untuk dikongsikan dengan orang lain, dan blog merupakan platfom terbaik untuk korang buat demikian!

So, mari sama-sama skodeng tips ni

1. Idea membuat blog
Benda pertama yang sangat penting korang perlu tanya kepada diri sendiri sebelum membuat blog baru adalah membayangkan idea tentang blog korang, adakah ia blog baru mengenai personal? ataupun sebagai tempat cari duit a.k.a tempat perniagaan. Kebanyakan blog bermula sebagai personal blog dan hobi, tetapi akhirnya bertukar menjadi tempat menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Soalan ini mungin boleh membantu korang pilih kategori blog yang korang nak buat:
Berapa banyakah masa yang korang sanggup luangkan untuk blog baru korang?
Berapa kerap korang menulis post baru dalam seminggu?
Adakah korang buat blog untuk :
i   . Cari duit atau menjalankan perniagaan secara online?
ii  . Menyebarkan maklumat dan informasi?
iii . Sebagai dairi atau personal blog?
v  . Kawan ada blog jadi korang pun nak satu?

Soalan-soalan ini semuanya merujuk kepada komitmen dan kesetiaan korang terhadap blog baru yang korang akan buat. Personal blog adalah sangat sesuai kepada blogger baru. Korang boleh menentukan design blog, bagaimana nak buat, gaya penulisan dan masa untuk diluangkan untuk blog. Saya menulis kira-kira 1-4 post dalam seminggu (mengikut kerajinan, idea dan masa ^_^). Tetapi, sekiranya korang nak buat bisnes melalui blog, lain pula ceritanya. Kekerapan membuat post dalam seminggu adalah sangat penting dan ini sudah tentulah akan memakan masa yang lebih dan boleh memecahkan otak berfikir.

2. Buat Blog Baru, Bukan Kerana Wang

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Sekiranya korang terfikir nak buat blog, teruskan untuk membuat blog baru, tetapi bukan untuk buat duit (belum sampai masanya). Sebenarnya, korang boleh bermula dengan keinginan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, tetapi ini akan mengambil sedikit masa. Apa yang Korang perlu buat ialah menulis mengenai apa sahaja yang korang suka. Korang boleh mengeluarkan segala idea, pemikiran dan keinginan & kemahuan korang dalam blog. Ini akan membuatkan pembaca blog korang tertarik dan di situlah semuanya akan bermula. Seperti mana-mana blog baru, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk untuk melihat hasilnya. Namun ada juga blog yang hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada idea, kemahiran dan kreativiti blog tersebut menarik minat para pembaca.

3. Pilih Platform Blog

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Sebaik sahaja korang dah tentukan apa kategori blog yang korang nak buat sama ada personal ataupun perniagaan ini akan membantu korang untuk menentukan platform apa yang korang boleh gunakan. Terdapat dua platform utama yang menyediakan perkhidmatan membuat blog baru secara PERCUMA iaitu Blogger.com dan WordPress.org. Kedua-dua platform ini adalah mudah untuk digunakan dan memang dicadangkan untuk blogger baru.

Saya menggunakan platform Blogger.com dan mempunyai domain .com yang dibeli melalui webserver.com.my. Saya mencadangkan blogger baru untuk bermula pada Blogger.com kerana ia sangat mudah digunakan dan mudah untuk difahami. Tetapi sekiranya korang mempunyai impian yang besar untuk memulakan perniagaan online, korang boleh memilih untuk bermula dengan Wordpress.org lebih awal. Ini akan menjimatkan banyak wang dan masa untuk peralihan data pada suatu masa akan datang.

4. Pilih Nama Blog
Langkah seterusnya ialah pemilihan nama bagi blog. Korang perlu tentukan nama dan pastikan URL itu tersedia untuk digunakan. Terdapat zillion laman-laman web dan blog ada terdapat dalam internet, dan saya pasti, nama yang korang suka telahpun diambil orang lain. Sekiranya korang bertuah, korang mungkin akan dapat menggunakan nama ataupun URL blog yang korang suka.

Sekiranya korang ingin memulakan blog dalam mana-mana platform yang saya ada sebutkan sebelum ni, saya cadangkan kepada korang untuk membeli .Com sebenar atau .net untuk dijadikan domain blog korang. Korang boleh pergi ke Webserver.com.my (terdapat banyak lagi web yang menyediakan servis menjual domain) untuk membuat tempahan. Harga bagi sebuah domain tidaklah semahal yang kita sangkakan. Kebanyakan web hosting menawarkan Domain .com atau .net pada kadar RM30-RM45 setahun dan ini sebenarnya sangatlah berbaloi.


5. Membuat Reka Bentuk Blog
Sama seperti pakaian yang kita pakai, reka bentuk blog akan menjadi penyeri kepada apa yang ditulis di dalam blog. Blog yang simple mempunyai background yang bewarna putih dengan penerangan blog pada header. Ia boleh diperkembangkan lagi dengan grafik, teks dan warna yang berbeza. Korang boleh lihat melalui blog dan laman web lain untuk mendapatkan inspirasi tentang reka bentuk blog. Korang juga boleh buat reka bentuk blog sendiri, ataupun mengupah mereka yang profesional. Apa yang penting, Jangan sesekali "Copy paste" (Korang sudah tentu tak nak blog korang sebiji cam design blog orang lain).

Khai cadangkan untuk korang design blog sendiri, bersesuaian dengan kemahiran korang seadanya. Mempelajari cara untuk membuat reka bentuk blog adalah sangat menyeronokkan. Selain boleh mengetahui setiap fungsi widget dan tools yang korang gunakan dalam blog. Korang secara tidak langsung akan belajar mengenai Search Engine Optimization (SEO). Setelah design blog korang telah siap, barulah korang boleh mulakan untuk menulis post dengan tenang. Tetapi, jangan pula korang masuk blog, sekadar untuk menghias blog.

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Design blog KhaiAngeL.Com
6. Masukkan Gambar Dalam Setiap Post
Meletakkan gambar dalam setiap post yang korang tulis adalah sangat penting. Bagi saya sendiri, gambar merupakan segala-galanya. Sekurang-kurangnya korang perlulah meletakkan satu gambar dalam setiap post yang korang buat. Pembaca lebih tertarik kepada gambar visual dan membuatkan mereka membaca post korang dengan secara tidak langsung. Gambar yang digunakan perlulah bersesuaian dengan post dan tidak terlalu kecil untuk memudahkan orang lain melihatnya.

7. Mendapatkan Traffik Ke Blog 
Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Traffik merupakan jumlah pengunjung (visitors) yang datang singgah ke dalam blog. Ia merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu diambil kira dalam blogging. Sekiranya tidak mempunyai traffik ke dalam blog, maka tiada sesiapa pun yang tahu kewujudan blog kita. Korang kena pandai memasarkan blog korang dengan membuat pengiklanan dan mempromosikan blog. Cara yang paling mudah, adalah melalui laman sosial iaitu FaceBook dan Twitter melalui wall post ataupun join mana-mana group blogger dalam FaceBook yang sedia ada (Contoh : KelabBloggerBA, Mr&MrsBlogger, ExTreemBlogger, PortBlogger, etc.). Cara yang kedua pula ialah dengan membuat "Blog Ping". Terdapat banyak web yang menawarkan perkhidmatan ping blog (Contoh : Busuk.org, Gilaping.com, Blogged.my, etc.). Dengan bantuan blog ping, Kebarangkalian blog korang tersenarai dalam search engine (Google, Bing, yahoo, etc) akan meningkat.

Tapi sebelum mempromosikan blog, ada dua persoalan. Adakah blog korang telah bersedia untuk dipromosikan? Berapakah jumlah post yang ada dalam blog korang? 1st impression adalah sangat penting. Ini membolehkan pengunjung datang dan kembali melawat blog kita dimasa hadapan.

8. Merapatkan Hubungan Dengan Blogger Lain
Setelah telah bersedia dan berjalan dengan lancar, korang bolehlah mendekati blogger lain dalam kategori blog yang sama. Tubuhkan atau menjadi ahli persatuan blog. Melawat blog lain dan tinggalkan komen pada blog mereka. Lihat apa orang lain tulis dan bagaimana mereka dapatkan trafik ke dalam blog mereka. E-mail ataupun hantarkan mesej melalui facebook untuk memulakan perbualan kepada blogger lain. Untuk pergi lebih jauh lagi, mulakan dengan membuat ikatah persahabatan dengan blogger lain. Sekiranya mempunyai peluang untuk menghadiri mana-mana perjumpaan blogger, jangan lepaskan peluang ini korang mungkin akan mendapat kawan sepanjang hayat :D.

9. Nuffnang dan Google Adsense
Pada hari pertama, sememangnya tiada mana-mana pihak yang akan advertise dalam blog korang. Blog belum mempunyai traffik, jadi ia tidaklah begitu menguntungkan bagi mereka (belum tiba waktunya). Tapi korang tak perlu risau, korang just letak widget iklan daripada Nuffnang ataupun Google Adsense (Ataupun mana-mana web yang menawarkan perkhidmatah sama). Korang boleh membuat akaun Gmail baru dan sign up untuk Google Adsense, Sekiranya memilih untuk meletakkan Google Adsense.

Walaupun dengan hanya memperoleh 20 sen dalam bulan pertama, ia sudah merupakan sesuatu. Semakin lama blog korang mempunyai iklan melalui nuffnang ataupun Google Adsense, adalah semakin baik. Percayalah :)

10. Jadilah Diri Sendiri, Tulis Seperti Mana Yang Korang Cakap
Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Ini merupakan tips yang terakhir, jadilah diri sendiri, tulis seperti mana yang korang cakap!. Kelemahan dan halangan utama saya sepanjang menjadi blogger ialah, saya menjadi seperti robot yang memberikan maklumat, tetapi tidak menulis dari hati. Pembaca blog yang setia inginkan sebuah ikatan yang rapat dengan penulis, sebap itulah mereka kembali dari masa ke semasa. Terdapat juga pembaca yang hanya membaca blog yang tertentu sahaja kerana mereka sukakan personaliti penulis blog tersebut. Perlu diingatkan di sini bahawa, kualiti adalah sangat penting berbanding dengan kuantiti. Tetapi jumlah post yang banyak juga membolehkan kebarangkalian blog untuk diindex oleh search engine menjadi tinggi. Terpulanglah kepada korang nak buat yang mana satu.

Jangan memaksa diri korang untuk membuat post yang tidak mempunyai isi, ataupun dengan "Copy paste" kandungan blog orang lain secara bulat-bulat (dengan syarat memberikan sumber asal?). Ianya tidak berbaloi dan boleh dianggap sebagai mencuri dan menipu diri sendiri. Sekiranya korang dah ketandusan idea, dan hanya itulah satu-satunya cara korang untuk buat blog post, korang boleh copy content blog lain, cuma tukarkannya kepada cara penulisan korang sendiri dan berilah kredit kepada sumber asal. :)

_______________________ (>^_^)>

Ok! setakat iti sajalah info Khai untuk para blogger baru. Khai tahu ada banyak lagi tips dan idea yang boleh dikongsikan dan ini hanyalah sebagai permualaannya, tetapi sekurang-kurangnya korang dah tahu apa perkara asas yang perlu diketahui dalam memulakan blog baru. Khai harapkan semua yang terbaik dalam perjalanan blog korang dan semoga berjaya ^_^. Kepada blogger Otai yang tersinggah di sini, Khai harap korang boleh kritik info ni dan suarakan pandangan korang pada ruangan komen. Thanks ya :D

P/S menulis info ni buat Khai rasa macam dah Pro, Hahahahaha~ Padahal Khai Masih lagi Newbie :D



Tags : Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru, Tips Buat Blog Baru, Idea Blog Baru, Cara buat Blog baru, Memulakan Blog, Blogger Baru, Langkah memulakan blog, Blog Baru, Tutorial Blog
Tutorial Blog

New Features Dalam Edit HTML Pada Template Blogger

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML
Hello Hello~

Hari ni, Khai dikejutkan dengan new features daripada blogger.com. Mereka telah mengubah ciri-ciri dalam "Edit HTML" dalam bahagian Template. Nampaknya mereka telah membuat perubahan ini sejak sebulan yang lepas (dah lama tak edit template). Saya tak tahu nak jadi happy or not dengan features baru ni. Bagi Khai, ia membawa berita yang sangat baik dan juga berita yang sangat buruk. Why why why? Berita baiknya, feature baru ni, memudahkan kita untuk edit HTML dalam Template Blog bagi setiap widget. Berita buruknya, :( Khai terpaksa update kesemua Tutorial Blog yang berkaitan dengan Template HTML. Wah, ini akan memakan masa >_> Apa-apapun, Saya akan cuba yang terbaik untuk menyiapkannya dengan segera, supaya korang dapat ikuti semua tutorial blog dalam Khaiangel.com tanpa sebarang masalah.

OK! cukup dengan itu. Mari kita lihat, apa yang ada dalam feature baru Edit Template HTML. Gambar di bawah merupakan screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML.

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Penambahan Fungsi

1. Jump to Widget

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Fungsi ini mambantu kita untuk mencari dan terus sampai ke kod HTML bagi setiap widget yang ada dalam blog.

2. Preview Template

screenshot mengenai New Feature dalam Edit Template HTML

Fungsi "Preview Template" telah diubah suai. Sebelum ni, setiap kali kita buat preview Template blog kita, ia akan di buka pada Tab baru. Tetapi dengan fungsi baru pada "Preview Template" kita boleh terus mendapat preview dalam page yang sama.

3. Expand Widget

New Feature dalam Edit Template HTML

Dalam fungsi "Expand Widget" yang terdahulu, kita hanya perlu hit pada check box expand widget dan keseluruhan kod HTML widget akan dipaparkan. Pada fungsi baru ni pula, ia telah diperincikan dan kita terpaksa klik pada image yang berbentuk segi tiga bewarna hitam tu untuk melihat kod HTML bagi setiap widget yang ada.Fungsi ini menggunakan "Code Folding" di mana, setiap kod dalam kategori yang sama akan dukumpulkan dan dilipat menjadi satu.

4. Format Template
Fungsi "Format Template" mengembalikan widget yang kita telah "Expand" kepada kedudukan asal.

5. Nombor dalam setiap line
Penambahan nombor dalam setiap line dalam kod HTMLagaknya boleh membantu kita untuk mengingati barisan mana yang kita telah/nak edit.

6. Syntax Highlighting
Syntax Highlighting merupakan feature yang memaparkan text dalam warna yang berbeza mengikut kategori dan istilah setiap kod HTML. Fungsi ini membolehkan kita mendapat info dan mengenal pasti kod-kod HTML yang terdapat dalam template blog.

7. Revert Changes & Revert widget templates to default
Fungsi ni tidak berubah.

8. Mudahkan kita cari kod menggunakan CTRL+F
Untuk menggunakan fungsi baru ni, Kita mestilah klik dahulu dalam korak kod tu sebelum tekan CTRL+F dengan serentak. 

Sekiranya korang tak klik dalam kotak kod HTML tu, default find box akan keluar selepas korang tekan CTRL+F. Default find box tu akan mencari perkataan yang hanya terdapat dalam permukaan kod. Oleh kerana feature baru template menggunakan sistem "Code Folding" maka banyak kod yang tersembunyi dan tidak dapat dicari menggunakan default find box.


Diharapkan info ni boleh membantu korang, terutama sekali kepada para blogger baru :)

Korang nak info yang lebih lanjut boleh Klik Sini --> Blooger Developers Network

Happy blogging~




Tags : New Features Dalam Edit HTML Blogger , Cara Baru Edit Template dalam Blogger, Blogger, Tutorial Blog, Cara Masukkan Kod HTML dalam Template Blog, Template Blog, Feature baru dalam Blogger.
Tutorial Blog

PSY - Gentleman (Dragon Nest Version)



An awesome PSY - Gentleman parody daripada sebuah online game yang dipanggil "Dragon Nest SEA" (which i've played), Tak banyak yang boleh dikatakan di sini. Creativity yang digunakan dalam video boleh match up dengan versi original xD. Menurut sumber, Video ni dihasilkan oleh Dragon Nest Player dari Thailand. Khai percaya, hanya Dragon Nest online Game yang boleh buat cam ni. Apa-apa pun thumb up for the creator~ Dragon Nest Rock!~


Main Actor Class : Cleric as PSY
Assisted by : Warior and Magician
Smexy Lady Class : Kali
Back Dancer : Archer/Kali
Hardly seen on vids : Academic

Tags: Dragon Nest Gentleman, PSY Gentleman (Dragon Nest Ver), Gentleman PSY, Gentleman Parody, Dragon Nest Gentleman Parody
Tutorial Blog

Dragon Nest SEA Marine Costume and Weapons Preview


Dragon Nest SEA New Costume on 18 June Game Patch

Say good bye to Unicorn and Shadowless mount and Hey~! Something awesome is about to come!
Marine Costume!

Dragon Nest Marine Costume and Weapons Preview


Image Preview for Dragon Nest Marine Costume
Dragon Nest SEA Marine Costume and Weapons Preview

The Marine Costume Set Stats On CDN (Rarity: Rare)
**Please be noted that the stats might be differ on Dragon Nest SEA.
Let us hope that it will be the same as pic shown below.

Dragon Nest SEA Marine Costume and Weapons Preview
Image Source : DN Nexon Forum 
Dragon Nest Marine Costume is extremely cool despite having an awesome stats (100 FD and 5% Crits).
In this case I would like to have one.

Or it will only be the Magic Rarity 7 piece costume
**Same stats as previous magic grade costumes
Dragon Nest SEA Marine Costume and Weapons Preview
Source : InsideDN


Now will you buy it? Comment below




Tags : Dragon Nest SEA, Dragon Nest SEA Costumes, Dragon Nest SEA Marine Costume update, Dragon Nest SEA update, Dragon Nest Sea Weapon Costumes, Dragon Nest SEA New Costume
Image Source : Adventz
.
Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved