Harry Potter - Golden Snitch

Selamat Hari Raya 2012



Salam, Khai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, Hari yang paling bermakna serta berbahagia buat Saudara dan rakan-rakan muslim. Maaf Zahir dan Batin.

Kepada sesiapa yang memandu untuk pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati, dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga keadaan sentiasa lancar sepanjang perjalanan balik ke kampung..

Pesanan buat kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang sekarang ini berada di Tambunan, Jemputlah datang ke rumah Khai pada Raya yang Pertama.. kedatangan kamu sangat dialu-alukan. Pelbagai juadah hidangan yang sedap-sedap seperti Rendang, Ketupat, Lemang dan banyak lagi hidangan-hidangan lain akan disajikan khas kepada tetamu yang datang ke rumah.

Lokasi? Hmm, Korang datang ja ke Padang Golf Tambunan, Rumah Warna Pink uncle Joe.. ^^ Rumah terbuka dari jam 11am sampai malam :D
Tutorial Blog

Tutorial - Background + Border Pada Tajuk Post


Bagaimanakah cara untuk ubah warna background dan menambah border pada tajuk post (Post title)? Mengubah background pada tajuk post memang selalu dilakukan untuk mencantikkan blog. Ia boleh dilakukan sama ada dengan menukar warna background, ataupun meletakkan gambar sebagai background. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu lakukan sedikit perubahan pada Template blog korang.

Demo Preview : Ubah warna bahagian yang kaler Hijau dan tambah efek border.

Tutorial - Background + Border Pada Tajuk Post

Ikut tutorial cara memasukkan background color + border pada setiap tajuk post.
Tutorial Blog

Tutorial - Disable left Click (Highlight)

Bagaimana cara untuk disable Left Click / Disable Highlight pada blog? Dalam entri sebelum ni, Khai telah mengajar dua cara untuk disable right klik. Kalau korang nak tahu cara disable right click korang boleh singgah di sini Cara 1 dan Cara 2. Kali ini pula, saya akan tunjukkan cara untuk disable left click / highlight text dalam blog korang. Ada dua cara untuk disable left klik dalam blog korang, caranya sangat mudah.

Tutorial blog - Disable left Click (Highlight)

Korang hanya perlu ikut langkah yang mudah ni untuk disable text highlight.
Demo : Cuba Sellect Perkataan dalam ruangan di bawah ni, Highlight text dalam ruangan ni adalah disable. (Left click atau highlight mungkin akan jadi error dalam ruangan ini bergantung kepada browser yang digunakan)


Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor. "Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu. 

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

---Cara Pertama (Cara Mudah)---
1. Ikut langkah ini

Login ke Dashboard Blogger > Template > New Gadgets > HTML/JavaScript

2. Copy kod di bawah dan paste ke dalam HTML/Javascript korang.


<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/

function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

</script>

3. Save dan view blog korang untuk test. Siap!

---Cara Kedua (Cara Pro)---
Ok cara ni ada complicated sikit, tapi dengan menggunakan cara ni, korang boleh pilih individual post yang korang nak disable left click. Ataupun korang boleh binggungkan "copycat" dengan menambah kod ni di setiap post supaya perkataan yang dicopy bertaburan apabila di paste.

1. Ikut langkah ni
Login ke dashboard blogger > Template > Edit HTML > Proceed > Hit expand Widgets

2. Tekan CTRL+F untuk cari kod di bawah ni


</head>


3. Korang copy kod di bawah dan paste Di Atas kod yang korang cari tadi.


<script type="text/javascript">

/***********************************************
* Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/

function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"

</script>


4. Save template korang.

5. Seterusnya, untuk menggunakan script yang korang masukkan tadi, pergi buat new post dan masukkan pula kod di bawah ni di kedudukan yang paling bawah dalam HTML new post korang.


<script type="text/javascript">
var somediv=document.getElementById("mydiv")
disableSelection(somediv) //disable text selection within DIV with id="mydiv"
</script>


6. Kemudian, Pilih post yang korang tak nak orang left klik dan Tambahkan kod di bawah pada bahagian HTML new post korang.


<div id="mydiv"> Letak Entry yang korang tak nak orang left click / Highlight di Sini</div>


7. Publish dan test. Siap!

Selamat mencuba dan semoga berjaya ^^

(Rujukan)

Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Disable Left Click (Highlight), Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
Tutorial Blog

Tutorial - Mengenali Kod Asas HTML

Apakah itu Tag HTML? Mesti ada di antara korang yang belum tahu tentang fungsi dan kegunaan tag-tag HTML. Pengetahuan asas mengenai HTML adalah sangat penting, terutamanya kepada mereka yang gemar mengedit template blog.

Tutorial - Mengenali Kod Asas HTML


Tag HTML merupakan blok binaan asas untuk laman web. Ia boleh diumpamakan seperti batu bata dalam membina rumah, kita perlu menyusun, mencampurkan, menghaluskannya sehingga membentuk design yang cantik dan kemas. Tags HTML terdiri daripada kurungan bersudut (< >) yang akan membentuk blog ataupun laman-laman web.

Kod HTML perlu ditutup dengan tag permulaan dan akhir. Tag pertama dipanggil Tag Mula atau Tag Pembukaan dan tag terakhir dipanggil Tag Akhir atau Tag Penutup. Tag Penutup akan mempunyai satu garis condong ( / ) menunjukkan berakhirnya penggunaan kod yang digunakan.

Senarai di bawah merupakan senarai kod HTML yang biasa digunakan.
Tutorial Blog

Tutorial - Freebies Transparent Browser icon

1st time khai buat freebies. Ni dia free "Transparent Web Browser Best View". Ok, khai memang tidak menggunakan internet explorer sebagai web browser khai kerana IE memang menyakitkan hati. Banyak sangat error dan problem alert poped up. Satu lagi, Susunan alignment blog yang "Ok" pada browser-browser lain menjadi "Tidak OK"dalam Internet Explorer.

Browser yang selalu Khai guna ialah Google Chrome (Best view + Easy Load), Modzilla Firefox (Bookmark + Addons) dan Opera (Mobile). Internet Explorer? aku tak delete, cuma tak sentuh langsung. Kalau korang suka korang ambil la gambar di bawah ni.


Kalau korang nak letak dalam blog korang, masukkan kod ni dalam HTML/Javascript widgets.
Tutorial Blog

Info - Fakta Menarik Mengenai Kaki Kita

Kaki kita merupakan angota badan yang paling penting dalam kehidupan kita sebagai orang yang normal. Tanpa kaki, kita tidak boleh berjalan, membuatkan kita sukar untuk bergerak ke sesuatu tempatyang dituju. Tetapi berapa banyakkah info yang korang tahu mengenai kaki? Ok, di sini ada 17 fakta menarik mengenai kaki. 

Info - Fakta Menarik Mengenai Kaki Kita

Info- 17 Fakta menarik mengenai kaki kita
Tutorial Blog

Info - 16 Perkara Tentang Tidur

Tidur merupakan perkara asas yang paling penting dalam kehidupan harian kita. Walaupun saintis zaman sekarang masih belum dapat mengkaji sepenuhnya mengenai tidur, namun mereka telah berjaya mendapat banyak info mengenai tidur. Setiap orang dan haiwan memerlukan tidur yang secukupnya untuk berfungsi dengan lebih baik.

Info - 16 Perkara Tentang Tidur

Info - 16 Perkara Yang Korang Belum Tahu Mengenai Tidur
Tutorial Blog

Info - 10 Orang paling Pintar Zaman Sekarang

Menilai kepintaran seseorang merupakan perkara yang sangat sukar. Seseorang yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan boleh dikatakan pintar? Atau pintar itu adalah seseorang yang hanya mendapat gred C dalam pendidikan tetapi sangat berjaya dalam perniagaan? Apakah yang membuatkan mereka lebih pintar? Adakah skor pada IQ mereka yang telah menjadikan mereka ini pintar? Ataupun ianya lebih kepada pencapaian yang telah dicapai?

Memang banyak persoalan yang akan muncul apabila membincangkan tentang kepintaran seseorang ini dan memang sukar untuk menilai kepintaran seseorang. Kalau nak didebatkan memang takkan habis-habis. Di sini ada senarai 10 orang paling pintar yang masih hidup zaman sekarang.

Mari kita lihat senarai 10 orang paling pintar yang masih hidup pada hari ini dan mengapa mereka layak untuk digelar paling pintar.
(Senarai ini tidak mengikut urutan yang tertentu)

Info - 10 Orang paling Pintar zaman sekarang
Tutorial Blog

My Story - Segmen "Syoknya Blogwalking Bersama Aisyah Humairah"


Jalan-jalan cari Info, tiba-tiba terjumpa blog Aisyah. kebetulan ada segmen yang menarik. Hmm, ni merupakan kali yang pertama saya join segmen-segmen cam gini.. Kalau korang nak join, just klik pada gambar di atas, atau boleh juga klik di sini. Tarikh segmen ini bermula hari ini 08 Ogos 2012 sehingga 12 Ogos 2012. So, kalau korang sedang baca entri ini.. Jangan di kasi lama. Korang klik gambar segmen yang di atas tu cepat-cepat. Hadiah duit Raya sedang menunggu tau :D.. Korang tak nak duit? Kalau nak Klik SINI cepat2.

**Sticky Post (Sehingga 12 Ogos 2102) Scroll ke bawah untuk entri baru
 
Tutorial Blog

Tutorial - Buat Gambar Ditapis (Censored)

Bagaimana cara untuk buat gambar censored? Korang ingin menapis gambar yang korang nak post? Membuat penapisan pada gambar adalah mudah. Korang hanya perlu menambah efek mozek (Mosaic) pada gambar yang korang nak tapis. Dalam tutorial ni, Khai akan ajarkan cara paling mudah untuk menapis gambar dengan menambahkan kesan mosaic menggunakan Photoscape dan Photoshop CS4. 2in1

Tutorial - Buat Gambar Censored menggunakan Photoscape dan Photoshop CS4


Sila ikuti tutorial ini untuk mengetahui cara untuk buat gambar censored.
Tutorial Blog

Tutorial - Disable Right Click Without Alert


Bagaimanakah cara terbaik untuk disable right click? Dalam entri sebelum ni, saya ada ajarkan tutorial mengenai cara untuk disable right klik beserta dengan alert. Kali ini pula, saya akan ajarkan cara untuk disable right klik... hanya disable right klik tanpa keluar apa-apa warning ataupun pop up. Cara ini boleh dikatakan cara yang terbaik kerana, selama mana pun korang tekan right klik, takan keluar apa-apa. Berlainan dengan disable Right Click with alert, masih boleh di right klik selepas kita prevent web/blog untuk mengeluarkan alert.

Ikuti Tutorial ini untuk mengetahui cara terbaik untuk disable right klik pada blog.
Tutorial Blog

Tutorial - Disable Right Click Pada Blog

tutorial blog disable right klik

Bagaimanakah cara untuk disable right click pada blog? Pada kali ni, saya akan mengajar korang untuk disable right click pada blog korang. Penggunaan right klik memang sangat penting dalam melayari mana-mana browser Internet. Kita seringkali menggunakannya apabila kita hendak mengedit atau copy teks dan sebagainya. Sesetengah orang mungkin akan menggunakan fungsi right click untuk mencuri post dalam entri blog korang, dan korang mungkin mahu untuk disablekan right klik pada blog.

Ikuti tutorial tentang cara disable right click pada blog korang.
Tutorial Blog

Tutorial - Letak Scroll Bar Pada Comment

Tutorial Blog Bahasa Melayu - Letak Scroll Bar Pada Comment
Bagaimanakan cara untuk meletakkan Scroll Bar pada bahagian Comment Blog? Scroll bar membantu untuk mengecilkan penggunaan ruang komen di dalam blog. Scroll bar pada bahagian comment juga memudahkan para pembaca blog untuk membaca komen-komen yang terdahulu di samping membuatkan layout blog kemas dan teratur. Sekiranya blog korang mempunyai ramai pengunjung dan juga mendapat comment yang banyak, Scroll bar pada bahagian komen memang sangatlah sesuai digunakan dalam blog korang.

Ikuti tutorial blog, Tentang cara untuk meletakkan Scroll bar pada bahagian Komen.
Tutorial Blog

Tutorial - Pendekkan URL Untuk Twitter

Pendekkan URL

Bagaimana cara untuk pendekkan URL untuk dipostkan ke dalam twitter? Pengguna Twitter memang sedia maklum bahawa mereka hanya boleh menulis sebanyak 140 aksara untuk membuat pesanan ringkas. Ia lebih kurang sama dengan SMS pada Handphone korang. Kadang kala, kita hendak menulis pesanan beserta dengan URL blog, namun URL blog yang terlalu panjang menghadkan pesanan yang boleh kita buat. Jadi, memendekkan URL merupakan satu langkah bijak untuk mengatasi masalah ini. Tutorial kali ini akan menunjukkan cara untuk memebdekkan URL post korang.

Ikuti tutorial ini untuk mengetahui cara memendekkan URL untuk dipostkan ke dalam Twitter.
Tutorial Blog

LOL- Sore Eyes Get 5 days MC

I have no idea, why this vidz terlalu menarik perhatian, sehinggga masuk voting 9gag.com untuk klip video paling lucu. Hmm.. korang tengok la sendiri, sakit mata dapat 5 hari MC..



^^ Enjoy watching this vids
Tutorial Blog

Tutorial - Pasang Button Back To Top

Cara mudah pasang Button Back To Top
Bagaimana cara paling mudah untuk pasangkan button "Back to top" pada blog? Button "Back to top" biasanya digunakan oleh blog yang mempunyai banyak post ataupun post dalam blog mereka panjaaaang. Button "Back to top" disediakan bagi memudahkan pelawat ataupun pengunjung blog kembali ke atas tanpa scroll pada mouse ataupun scroll bar.

Ikuti tutorial tutorial tentang cara paling mudah untuk pasangkan button "Back to top" pada blog korang.
Tutorial Blog

Tutorial - Ayat Bergerak Pada Menu Bar

Bagaimana cara untuk membuat ayat pada menu bar bergerak? Korang nak perkataan pada menu bar korang bergerak? Menggerakkan perkataan pada menu bar biasanya digunakan untuk menarik perhatian pelawat atau pengunjung blog korang. Caranya, sanggat mudah.


Ikuti tutorial tentang cara untuk membuat ayat pada menu bar bergerak.
Tutorial Blog

Tutorial - Border Melengkung Pada Blog Post ataupun Sidebar

Buat Kesan Melengkung Pada Blog Post ataupun Sidebar
Bagaimanakah caranya untuk membuat kesan Melengkung Pada Blog Post ataupun Sidebar? Dalam entri kali ini saya akan menunjukkan cara untuk membuat kesan melengkung pada blogpost ataupun di sidebar. Korang tidak perlu mengubah apa-apa di dalam template korang. Korang cuma perlu menambah sedikit kod ke dalam Post HTML ataupun New HTML/JavaScript Widgets.

Ikuti tutorial ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk membuat kesan melengkung dalam blog post ataupun sidebar.
Tutorial Blog

Tutorial - Meletakkan Penerangan Gambar Dalam Blog (caption)

Meletakkan Caption Gambar Dalam Blog

Bagaimanakah cara untuk meletakkan penerangan (Caption) tentang gambar di dalam blog?? Menambah Caption pada gambar membolehkan korang menerangkan serba ringkas mengenai gambar tersebut. Ia juga merupakan sesuatu yang penting untuk meningkatkan kebarangkalian blog korang dicari melalui search engine. Cara untuk memasukkan caption kepada gambar adalah sangat mudah.

Ikuti tutorial mudah tentang cara untuk meletakkan caption kepada gambar yang korang upload ke dalam blogger.
Tutorial Blog

Music - Anak Kampung (Jimmy Palikat Ft One)

Lagu Asal : Anak Kampung (Tanak Kampung) by Jimmy Palikat
Lagu Feat (New Version): Anak Kampung (Jimmy Palikat Feat One Nation Emcees)

Anak Kampung (Jimmy Palikat Feat One Nation Emcees)

Lagu Anak Kampung merupakan lagu yang pada asalnya dinyanyikan dalam bahasa dusun, kemudian di terjemahkan kepada bahasa melayu oleh penciptla lirik dan penyanyi lagu Anak Kampung sendiri iaitu Jimmy Palikat. Lagu Anak Kampung (Tanak Kampung) juga merupakan satu-satunya lagu menggunakan rentak "Sumazau" (Rentak tarian tradisional masyarakat dusun) berjaya mendapat tempat di persada seni Malaysia. Dalam lagu versi baru ni, Jimmy Palikat (JP) bergabung dengan One Nation Emcees membentuk rentak irama yang baru kepada lagu Anak Kampung.

Enjoy ^^
Tutorial Blog

Tutorial - Cara Buat Flash Banner Menggunakan Photoscape

Buat flash banner gengan cara paling mudah

Bagaimana cara buat flash banner yang paling mudah? Ramai blogger yang suka exchange banner masing-masing untuk dapatkan link daripada blog orang lain, dan untuk menarik perhatian pelawat untuk klik banner? Ok sebenarnya exchange Flash banner ini antara benda yang sangat penting untuk mendapatkan backlink di samping meningkatkan trafik blog korang. 

Di sini Saya akan tunjukkan cara, bagaimana untuk membuat flash banner yang paling simple menggunakan Photoscape. Banner di bawah ni merupakan banner Testing yang mengambil masa 10 minit untuk disiapkan.

Ikuti tutorial ini untuk mengetahui cara buat flash banner untuk blog korang.
Tutorial Blog

Tutorial - Double Dashed Hover pada Link

Bagaimanakah cara untuk membuat Garisan putus-putus sebelah atas dan bawah link? atau Double Dashed Hover pada link? Double dashed hover ini digunakan untuk highlight link pada blog korang apa bila bersentuhan dengan mouse pointer. Ia menimbulkan efek istimewa garisan putus-putus di sebelah atas dan bawah link. Korang boleh lihat contoh dalam blog KhaiAngeL.com ni.

Ikuti Tutorial ni untuk mengetahui cara untuk membuat Double Dashed Hover Pada Link.
Tutorial Blog

Tutorial - Centerkan Title pada sidebar


Cara untuk centerkan Title pada sidebar hampir sama dengan cara untuk centerkan post title. Sebenarnya korang ada tiga pilihan. Korang boleh letak sidebar korang di sebelah kiri (Default), kanan dan juga tengah. Ramai blogger yang memilih untuk meletakkan sidebar title mereka di sebelah tengah. Kedudukan ni mengikut kesukaan dan kesesuaian blog korang.

Ikuti tutorial cara untuk centerkan title pada sidebar ini.
Tutorial Blog

Tutorial - Centerkan Kedudukan Post Title

Letak post Tittle di Tengah

Bagaimana nak mengubah kedudukan atau centerkan Perkataan dalam post title? Mengubah kedudukan post title ni boleh dibuat untuk mencantikkan lagi blog korang. korang boleh letak di bahagian kiri (Default) tengah atau kanan. terpulang pada kesukaan korang.

Ikuti tutorial cara Centerkan Post title ini.
Tutorial Blog

LOL - Lagu Hangit "Jangan Ganggu kamarku"

Lagu Asal : Jangan ganggu Pacarku - Alif Aziz
Lagu Hangit : "Jangan Ganggu kamarku" - AM Krew HOT FM

^^ Enjoy
Tutorial Blog

LOL - Lagu hangit "Cobaan"

Lagu Asal - Coba by Faizal tahir
Lagu Hangit Hot FM Am Krew - Cobaan


Hehe, Sila Tonton video mereka di bawah ni.
Tutorial Blog

LOL - 5 KEMUSYKILAN TENTANG SUPERHERO POPULAR

TOP 5 - Am Crew Hot FM


TOP 5ive Kemusykilan tentang superhero popular
5. Kenapa Supperman pakai Seluar dalam Dekat Luar?
Sebap dia pakai seluar luar kat dalam :D

4. Kenapa Spiderman nak jadi Spiderman kena gigit dengan Spider dulu?
Aku tak faham la :D

3. Kenapa iron Man tak suka iron baju ahh?
Sebap baju dia besi :D.. Hmm, Betul Juga..

2. Kenapa Incredible Hulk kalau marah, dia jadi Hijau bukan merah?
Sebap, Cuba kalau Whaakk Tuih! warna apa?

1. Kenapa Ultraman, kalau dia lawan, mesti dengan raksaksa Jerr?
Kenapa? ko nak lawan dengan dia?

LOL - TOP 5 by Hot FM

(Published on Jul 17, 2012 by )
Tutorial Blog

Tutorial - Jadi Geng Gliterrati Nuffnang

Naik Pangkat jadi member gliterrati nuffnang
Huhu dah naik Pangkat. Baru semalam saya postkan Tutorial jadi member ordinary Nuffnang Hari ni dah Naik Pangkat :D. Memang simple cara nak naik pangkat jadi Gliterrati member ni. Korang cuma setia (jangan add apa-apa iklan lain selain Nuffnang) kepada Nuffnang, itu sahaja. Oh ya!, dan korang jangan sembarang delete ataupun privatekan blog korang, karana itu boleh menyebkan korang diturunkan pangkat.

Macam mana korang nak tahu bila dah jadi member Glitterati Nuffnang?
Tutorial Blog

Tutorial - Masukkan Iklan Churp-churp Ke Blog

Dah daftar Churp-churp tapi tidak tahu cara untuk memasukkannya ke dalam blog korang? Entri kali ini saya akan ajarkan korang cara masukkan Iklan Churp-churp ke dalam blog korang. Caranya mudah, korang hanya perlu ikuti beberapa cara yang simple ini.

Belum daftar churp-churp lagi? jangan di kasi Lama, Korang klik gambar di bawah dan mendaftar sekarang :D. Lagi cepat korang daftar, lagi cepat duit masuk, hehehe.


Ok Dah daftar? Ikuti tutorial tentang cara masukkan iklan churp-churp di bawah.
Tutorial Blog

Tutorial - Letak Link Blog Dalam Profile Blogger


Mengapa perlu letak link Blog Dalam Profile Blogger? Ok, jawapannya simple. Supaya blogger lain senang untuk cari blog (follow) korang selepas korang tinggalkan comment di blog blogger lain.

Macam mana nak tahu sama ada orang tu ada letak link blog dalam profile blogger mreka atau tidak? Korang tengok gambar di bawah ni. Ini contoh profile yang tiada Link blog.


Ini pula contoh bila profile blogger dah ada link Blog/Website. Links tu yang perlu di tambah.


Bagaimana cara untuk letak link blog dalam profile blogger?
Tutorial Blog

Tutorial - Membuatkan Link Berkelipan dalam Blog

Link berkelipan macam bintang dalam blog

Dalam tutorial ini, saya akan mengajar cara untuk membuatkan link berkelip-kelip disertai dengan kerlipan bintang apabila apabila mouse pointer menyentuh link korang. Cara ini hanya menggunakan CSS dan imej sahaja. Korang boleh lihat contoh dalam blog ini :D. Sekiranya korang berminat korang pun boleh buat juga, caranya sangat simple. Korang cuma perlu lakukan sedikit perubahan dalam template blog korang.


Ikuti tutorial cara untuk membuat Link berkelip-kelip disertai dengan kerlipan bintang.
Tutorial Blog

Tips - Meningkatkan Kemampuan Minda


Pernahkah korang mengalami keadaan ini apabila korang terserempak dengan seseorang di pasaraya ataupun di tengah jalan tetapi korang langsung tidak ingat nama mereka? Saya pasti, ia pernah berlaku kepada kita semua.

Walaupun otak kita merupakan komputer yang terhebat di planet ini, tetapi minda kita boleh expire. Kita tidak boleh menyalahkannya, itu sudah lumrah alam. Sebagai seorang manusia, kita banyak mengisikan pelbagai informasi ke dalam simpanan otak kita. Terdapat perkara yang bernilai dan diingati, perkara yang buruk dilupakan, sebahagiannya bermakna dan yang lainnya hanya sementara. Proses perlakuan minda ni memang tidak berkesudahan selagi kita masih hidup.

Tidak kira sekuat mana pun otak kita, ia memerlukan masa untuk berehat supaya ia untuk kekal tajam dan berfungsi dengan baik. Tidak memberikan masa kepada otak untuk berehat umpama seorang bodoh yang mengembara keseluruh Parking lot kerana mereka lupa tempat mereka meletakkan kenderaan. Adakah korang pernah menjadi orang itu?

Berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh mula lakukan untuk meningkatkan kekuatan Minda korang.
Tutorial Blog

Info - Diploma Perhubungan Awam

Diploma Perhubungan Awam

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Perhubungan Awam 
(Public Relations)
Apa itu Perhubungan Awam?
Perhubungan Awam adalah suatu usaha pengurusan yang sistematik, terancang dan berterusan bagi menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesebuah organisasi dengan masyarakat. Sama ada secara sedar atau tidak, perhubungan awam diamalkan oleh semua organisasi perniagaan dan badan-badan tidak berorientasikan perniagaan.

Diploma Perhubungan Awam adalah program yang disediakan kepada para pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai amalan perhubungan awam dalam organisasi moden. Program ini juga menyediakan para pelajar dengan segala teori dan keberkesanan amalan perhubungan awam. Kursus ini akan membantu para pelajar untuk memahami peranan seseorang pegawai perhubungan awam dan bagaimana fungsinya dalam sesebuah organisasi dan juga keperluan memahami aspek-aspek pengurusan dan keluasan skop amalan perhubungan awam.

Siapakah yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Kewartawanan

Diploma Kewartawanan

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kewartawanan (Journalism)
Apa itu Kewartawanan?
Kewartawanan dapat dikaitkan dengan pengumpulan, penyediaan, penulisan, suntingan dan persembahan berita serta komen dan rencana dalam pelbagai bentuk media seperti surat khabar, risalah, majalah, radio, televisyen, jurnal, buku dan sebagainya. Proses pengumpulan bahan dan maklumat ini menghasilkan laporan dan penulisan berita yang mencetuskan isu, perdebatan dan konfl ik dalam masyarakat.

Diploma Kewartawanan adalah program yang memfokuskan pemantapan dalam kemahiran bidang kewartawanan, seiring dengan pembelajaran teori yang relevan dan pendidikan profesional termasuklah undang-undang dalam media. Pelajar juga bakal didedahkan dengan kemahiran dalam penyuntingan akhbar atas talian (online news), surat khabar komuniti pelajar, penyiaran radio dan beberapa projek video. Sehubungan itu, pelajar turut menimba pengetahuan melalui pembelajaran teknik fotografi digital, pengiklanan, perhubungan awam, reka bentuk penerbitan dan cetakan serta teknik suntingan akhbar.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini
Tutorial Blog

Info - Diploma Aplikasi Multimedia

Diploma Aplikasi Multimedia

Melanjuktan Pelajaran Dalam Diploma Aplikasi Multimedia 
(Multimedia Application)
Apa itu Aplikasi Multimedia?
Multimedia kreatif adalah hasil integrasi antara beberapa komponen multimedia iaitu teks, gambar, audio, video dan animasi menggunakan peralatan dan perisian khusus di mana ianya mengandungi capaian-capaian yang membantu pengguna untuk berinteraksi, mendapatkan info terkini dan berkomunikasi dengan pantas dan berkesan. Facebook dan Youtube adalah sebahagian daripada contoh aplikasi multimedia kreatif yang mempengaruhi penghidupan kita hari ini. Antara produk multimedia yang lain adalah laman web, sistem kiosk, CD interaktif, animasi 2D dan 3D, produksi audio video dan banyak lagi.

Diploma Aplikasi Multimedia direka khusus untuk menyediakan pelajar dengan konsep, kemahiran teknikal dan pemikiran yang kreatif dalam pengurusan dan pembangunan produk-produk dan aplikasi multimedia yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan didedahkan kepada pemahaman yang luas dalam bidang asas rekaan, animasi komputer, rekaan web interaktif, pengaturcaraan multimedia, produksi audio video dan amalan profesional dalam pembentangan kerja dan kemahiran komunikasi untuk memastikan produk dan aplikasi multimedia yang dihasilkan berkualiti, kreatif dan setaraf dengan kehendak dan keperluan industri. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi mampu berfungsi dalam pelbagai persekitaran media sedia ada dan akan datang.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Pengiklanan & Komunikasi Pemasaran

Diploma Pengiklanan & Komunikasi Pemasaran

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Pengiklanan dan Komunikasi Pemasaran 
(Advertising dan Marketing Communications)
Apa itu Pengiklanan & Komunikasi Pemasaran?
Periklanan dan Komunikasi Pemasaran adalah kaedah penyampaian mesej melalui pelbagai jenis saluran media massa dengan tujuan menyampaikan maklumat, memujuk dan mempengaruhi pasaran sasaran. Kaedah penyampaian ini hanya boleh dicapai melalui satu konsep penggabungan elemen-elemen komunikasi pemasaran yang berfungsi secara bersama untuk membentuk satu strategi pemasaran bersepadu yang strategik.

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman tentang aplikasi terbaik dalam bidang periklanan dan pemasaran. Ia juga membolehkan pelajar mempelajari nilai penyelidikan, kaedah dan teknik komunikasi berkesan. Pelajar akan mempunyai kemahiran profesional dalam bidang-bidang seperti pemasaran dan jualan, periklanan dan promosi jualan, penyelidikan pemasaran, perhubungan awam dan perhubungan media. Program ini melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berfi kir secara kritis dalam persekitaran yang kompetitif.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Teknologi Maklumat

Diploma Teknologi Maklumat

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Maklumat 
(Pembangunan Perisian)
Apa itu Pembangunan Perisian?
Program Diploma Pembangunan Perisian akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan dan pembangunan perisian bagi memenuhi kehendak semasa industri ICT. Ia meliputi kesemua aspek penting untuk kerjaya di dalam pembangunan sistem termasuklah bidang pengaturcaraan, rekabentuk pengguna, pengaturcaraan berasaskan objek, pengaturcaraan pangkalan data, rekabentuk pangkalan data dan analisa sistem. Program ini juga akan meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam pembangunan sistem, pembangunan aplikasi web, dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML. Ia juga akan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan agar dapat berfungsi secara efektif di dalam kumpulan seperti berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik, bertanggungjawab, berdiversiti dan kerjasama berpasukan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

Tutorial Blog

Info - Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Apa itu Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik?
Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ialah tentang pelaksanaan kuasa, elektronik dan keelektromagnetan. Ia melibatkan permasalahan yang berkaitan dengan sistem elektrik berskala besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor. Manakala sistem elektrik berskala kecil seperti komputer dan litar bersepadu.

Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik menyediakan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam memahami setiap aspek teknologi elektrikal, elektronik dan aplikasi kejuruteraan komputer. Ini memerlukan penggunaan kemahiran matematikal, teknik pengkomputeran dan kemahiran praktikal dalam bidang industri.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar Lepasan Sijil Teknikal MLVK
  • Pelajar Lepasan aliran Sains di peringkat SPM/O-level/ atau setaraf
  • Individu yang berminat untuk mendapatkan diploma dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi
Tutorial Blog

Info - Diploma Farmasi (Pharmacy)

Diploma Farmasi (Pharmacy)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Farmasi 
(Pharmacy)
Apa itu Farmasi?
Farmasi adalah suatu profession ilmu pengetahuan tentang kimia ubat-ubatan dan sains kesihatan. Bidang ini merangkumi aspek tradisional seperti penyediaan dan pendispensan perubatan serta aspek moden seperti rawatan pesakit, khidmat klinikal, kajian keselamatan dan keberkesanan dibahagikan dan penyeliaan maklumat tentang perubatan. Bidang farmasi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang kepakaran seperti kimia farmaseutikal, kimia farmaseutik, farmakologi, praktis farmaseutikal dan biofarmaseutikal.

Diploma Farmasi (Pharmacy) direka bagi memberikan pelajar pengetahuan yang mendalam tentang kimia perubatan, aspek kesan dan tindakba;as perubatan kepada tubuh badan manusia, penyediaan perubatan, dan pendispensan ubat. Program ini membentuk kerjaya pelajar sebagai pembantu farmasi di farmasi hospital, rangkaian farmasi runcit, dan sebagai pembantu pengilang di industri pengilangan farmaseutikal.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi

Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi 
(Telecommunication Technology)
Apa itu Kejuruteraan Telekomunikasi?
Kejuruteraan telekomunikasi ialah bidang kejuruteraan yang menghubungkan komunikasi antara kawasan. Ia melibatkan penghantaran data maklumat, melalui medium seperti Coaxial kabel, kabel gentian Fiber dan juga ruang angkasa. Penghantaran maklumat melalui ruang angkasa memerlukan data atau maklumat itu ditukarkan dalam bentuk kod-kod tertentu supaya ia boleh dihantar melalui frekuensi. 

Diploma Telekomunikasi yang ditawarkan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan. Kurikulum diploma ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem analog, digital dan penggunaan teknologi terkini iaitu tanpa wayar, fi ber optik dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Kejururawatan (Nursing)

Diploma Kejururawatan (Nursing)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejururawatan 
(Nursing)
Apa itu Kejururawatan?

Program ini melatih individu untuk menjadi seorang jururawat profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Malaysia. Pelatih akan diajar segala selok belok perawatan moden dalam bentuk teori dan praktikal . Selain daripada itu, pelatih akan dipupuk dengan latihan disiplin dan jati diri cekal, mendalami kemahiran ilmiah dan kerohanian yang tinggi dan murni setra menajami pemikiran kritikal dan bernas.

Objektif program ini adalah untuk mengeluarkan graduan kejururawatan profesional yang mahir dan berkualiti, yang mampu meningkatkan taraf kesihatan fizikal dan mental masyarakat, memberikan rawatan yang selamat, membantu di dalam pencegahan, penyembuhan serta pemulihan daripada penyakit.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Fisioterapi

Diploma Fisioterapi

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Fisioterapi 
(Physioterapy)
Apa itu Fisioterapi?
Fisioterapi arau Jurupulih anggota adalah satu kerjaya profesional di dalam bidang kesihatan. Ahli Fisioterapi bertanggungjawab menjalankan rawatan yang tepat dan berkesan kepada pesakit sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mengurangkan kesakitan, menambahkan mobiliti, mencegah serta mengurangkan kecacatan kekkal kepada pesakit yang mengalami masalah berkaitan kecederaan tubuh badan serta sistem tubuh badan. Secara amnya, seseorang ahli fisioterapi berperanan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan supaya menjadi kembali normal ataupun sekurang-kurangnya hampir kepada normal.

Diploma Fisioterapi (Physiotherapy) Menggabungkan aspek pengetahuan teori dan kemahiran klinikal yang diperlukan sebagai seorang ahli fisioterapi. Program ini menawarkan kurikulum menyeluruh yang merangkumi setiap aspek teori, konsep perawatan, teknik serta etika yang digunakan semasa menjalankan penilaian, rawatan dan rehabilitasi kepada pesakit.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan 
(Medical Lab Technology)
Apa itu Teknologi Makmal Perubatan?
Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu bidang yang merangkumi penggunaan alatan dan teknik-teknik yang moden serta canggih dalam membantu menjalankan analisa pada sampel-sampel yang diperolehi daripada tubuh badan manusia bagi membantu para doktor membuat diagnosis, merawat penyakit dan memantau keadaan pesakit. Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu cabang kerjaya yang menarik yang melibatkan sains dan teknologi dengan objektif untuk membantu masyarakat menjalani hidup dengan lebih sihat.

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technology) menyediakan pelajar untuk bekerja sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan. Program ini melengkapkan elajar dengan pengetahuan yang lebih meluas dan kemahiran praktikal untuk menjalankan ujian-ujian makmal dan analisa ke atas darah, cecair badan dan tisu manusia.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Seni Reka Grafik

Diploma Seni Reka Grafik

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Seni Reka Grafik 
(Graphic Design)
Apa itu Seni Reka Grafik ?
Seni Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.

Diploma Seni reka Grafik (Graphic Design) menggabungkan kreativiti dan konsep di dalam bidang industri rekaan grafik yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan memperolehi pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari dari subjek-subjek berbentuk teori dan prinsip rekaan, teknik lukisan dan ilustrasi, kemahiran mengendalikan perisian komputer, pengembangan idea, konsep rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam seni reka grafik.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Seni Reka Fesyen

Diploma Seni Reka Fesyen

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Seni Reka Fesyen 
(Fashion Design)
Apa itu Seni Reka Fesyen?
Rekaan fesyen berkait rapat dengan gaya dan stail sesuatu pakaian. Hari ini, rekaan fesyen sering menjadi rujukan kepada dunia dalam menghasilkan pelbagai rekaan yang kreatif dan inovatif. Tidak sekadar bertujuan untuk kecantikan, rekaan fesyen dapat memberi gambaran mengenai status sosial, adat dan budaya, bidang kerjaya, agama, perubahan iklim serta mencerminkan ekspresi diri dan personaliti.

Diploma Rekaan Fesyen (Fashion Design) menawarkan kursus di dalam bidang rekaan pakaian wanita dan lelaki. Ia menggabungkan seni rekaan dan teknologi pembuatan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan dunia fesyen yang sebenar seperti pertunjukan pentas, pameran koleksi serta berpeluang menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh industri fesyen tempatan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog

Info - Diploma Reka Bentuk Dalaman (Interior Design)

Diploma Reka Bentuk Dalaman (Interior Design)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Rekabentuk Dlaman 
(Interior Design)
Apa itu Reka Bentuk Dalaman?
Rekabentuk dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu yang menggabungkan seni kreativiti dan teknikal, berfungsi sebagai solusi kepada sesuatu ruang dalaman sesebuah bangunan atau binaan. Solusi terhadap penggunaan ruang ini meningkatkan kualiti hidup, roduktiviti dan budaya para penghuni di samping menitikberatkan nilai-nilai estetika berpandukan konsep-konsep senibina tertentu. Setiap rekabentuk yang dihasilkan perlu memenuhi tuntutan keperluan fungsi ruang tersebut. Hampir setiap daripada kita terlibat secara langsung dalam konteks ruangan dalaman. Rekabentuk dalaman melibatkan hampir semua kriteria bangunan termasuk hotel, pejabat, sekolah, rumah kediaman, kedai, restoran, teater dan terminal lapangan terbang.

Diploma Rekabentuk Dalaman (Interior Design) menawarkan penyelidikan proses Rekabentuk dalaman dengan pendedahan terhadap konsep dan teknologi terkini. Anda berpeluang merealisasikan imaginasi kreatif dan berinovasi dalam mencipta persekitaran alambina mampan lestari. Antara komponen proses rekabentuk tersebut termasuklah susunatur solusi ruang, analisis faktor psikologi dan fisiologi manusia, pengetahuan teknikal seperti melakar, memplot lukisan terperinci dan perspektif, teknik-teknik pencahayaan, warna, erabot dan bahan kemasan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved